Jurutera didakwa memandu ketika mabuk sehingga sebabkan kematian 2 guru

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac sebagai tarikh serahan dokumen

2:47 PM MYT

 

BUTTERWORTH – Seorang jurutera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dua guru lelaki pada Disember tahun lepas.

Teoh Joo Leong, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Dia didakwa memandu dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, apabila terlibat dalam kemalangan pada kira-kira 2.30 pagi 16 Disember 2023 di Jalan Permatang Baru dekat sini.

Teoh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum sepuluh tahun dan maksimum 15 tahun serta denda minimum RM8,000 dan maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Chew Anthony memohon jumlah minimum atas alasan Teoh seorang duda dan terpaksa menanggung tiga anak masih bersekolah serta ibu bapa yang sudah tua.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac sebagai tarikh serahan dokumen. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related