Agong, Permaisuri baca Buletin Utama malam ini

Pasangan diraja itu akan membuat kemunculan menerusi slot khas Buletin Diraja

4:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja, malam ini.

Pasangan diraja itu mengambil bahagian dalam sesi rakaman penyampaian berita, yang akan disiarkan dalam Buletin Utama TV3, jam 8 malam.

Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong berkenan melawat Sri Pentas di Bandar Utama hari ini, di mana baginda berdua menerima taklimat mengenai operasi kumpulan itu dan dibawa ke lawatan eksklusif melihat studio radio dan berita.

Berbaki dua minggu sahaja lagi, Al-Sultan Abdullah akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

Baginda akan digantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa 31 Januari 2024.

Pemilihan itu diadakan pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 di Istana Negara tahun lepas.

Raja-raja Melayu memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk penggal sama.

Al-Sultan Abdullah merupakan seorang raja popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat penyayang.

Menurut laporan media, baginda pernah memberhentikan motokarnya untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya lebih dua kali pada masa lalu.

Sementara itu, dalam video tular, baginda turut berkenan bertemu dengan petugas media yang berkampung di pekarangan Istana Negara pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), menunggu keputusan mengenai situasi Parlimen tergantung di negara ini.

Selain itu, baginda mengagihkan sendiri makanan kepada wartawan yang berkampung di luar Istana Negara. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

Related