Majoriti penunggang P-hailing Grab tidak sertai mogok hari ini

Syarikat baru-baru ini menyusun semula pembayaran dan bonus untuk pampasan yang lebih adil

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun terdapat segelintir penunggang P-hailing Grab akan melancarkan mogok hari ini, Grab Malaysia sebenarnya telah menyusun semula beberapa manfaat untuk golongan berkenaan.

Untuk itu, seorang penunggang P-hailing, Mohd Hakimi Ahmad, 35, menggesa rider untuk berfikir lebih panjang sebelum mahu menyertai mogok atau protes pada hari Jumaat ini.

“Mengenai potongan tambang ini tidak dinafikan ada rider rasa marah, namun Grab memberikan bayaran basic (asas) mingguan maknanya untuk penghantaran waktu puncak dan ini membolehkan rider untuk kejar atau capai sasaran gaji mereka.

“Jadi tak boleh nak salahkan Grab, kalau tambang asas dah kurang kepada RM4, mereka (rider) perlu lebih rajin, lihat kawasan pasaran yang tinggi permintaan.

Seorang penunggang P-hailing, Mohd Hakimi Ahmad, 35, menggesa rider untuk berfikir lebih panjang sebelum mahu menyertai mogok atau protes pada hari ini – Gambar Scoop, 19 Januari, 2024

“Lagi pun bukan semua setuju nak protes atau mogok, banyak yang perlu difikirkan, jadi dinasihatkan rakan penunggang kalau boleh lihat dulu seminggu dua ini, kerja keras dan buat perbandingan pendapatan sebelum dan selepas penstrukturan, lihat sama ada kenaikan atau penurunan pendapatan,” katanya semalam.

Dalam menyangkal keperluan untuk bermogok, Setiausaha Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Amar Firdaus Adnan menggalakkan penunggang untuk berunding dengan pihak pengurusan Grab Malaysia untuk meluahkan perasaan tidak puas hati.

Amar berkata, rata-rata penunggang mahu supaya ada pertimbangan oleh pihak Grab supaya tambang asas itu dapat ditingkatkan semula.

“Ini kerana ada ramai rider yang membuat pinjaman bagi pembelian motosikal dan gajet, jadi mereka ini terikat, yang mana pendapatan akan ditolak setiap bulan,” Amar said.

Grab Malaysia menyusun semula rangka kerja bayaran dan bonusnya untuk memastikan pampasan adil kepada rider penghantaran serta pemandu P-hailing yang menerima tempahan yang memerlukan lebih banyak masa dan usaha.

Perubahan struktur pembayaran telah dilakukan selepas menerima maklum balas beberapa bulan lalu daripada penunggang P-hailing – Gambar Scoop, 19 Januari, 2024

Grab dalam kenyataan hari Rabu berkata, struktur pendapatan baharu yang berkuat kuasa pada hari Rabu lepas (17 Januari) ‘memberikan manfaat kepada rakan kongsi penghantaran yang paling aktif’.

Pembaharuan struktur itu akan memastikan tempahan yang menghendaki lebih banyak masa dan usaha akan ‘dibayar dengan lebih adil’.

Dalam struktur baharu itu, tambang asas diubah di manakala insentif dinaikkan bagi penghantaran pada waktu puncak, pengambilan jauh dan masa menunggu tambahan bagi penghantaran ‘pick-up’.

Perubahan itu telah dilakukan selepas menerima maklum balas yang diterima beberapa bulan lalu daripada penunggang P-hailing dengan menyusun semula yuran penghantaran dan rangka kerja bonus syarikat itu untuk memastikan tempahan yang memerlukan lebih banyak masa dan usaha akan mendapat pampasan lebih adil.

Beberapa penunggang Grab membantah struktur baharu itu dan menggesa penunggang lain memboikot syarikat itu, namun difahamkan yang akan menyertai mogok kebanyakkan merupakan penunggang P-hailing sambilan yang tidak semestinya aktif atas platform Grab – Alif Omar/Scoop, 19 Januari, 2024

Sehingga suku pertama 2023, 97 peratus penunggang P-haling di Asia Tenggara menerima lebih dari upah minima di negara masing-masing.

Namun, beberapa penunggang Grab membantah struktur baharu itu dan menggesa penunggang lain memboikot syarikat itu. Poster disebarkan hari ini menggesa penunggang Grab supaya mogok dan berkumpul di tujuh lokasi di Lembah Klang sebelum menunggang ke ibu pejabat Grab di Petaling Jaya esok.

Namun difahamkan yang akan menyertai mogok kebanyakkan merupakan penunggang P-hailing sambilan yang tidak semestinya aktif atas platform Grab. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related