Tukang urut didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

Mahkamah menetapkan 21 Feb untuk sebutan kes

3:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang tukang urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki yang hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor awal bulan ini.

Hamid Khan Samoon, 43, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 16 tahun bagi tujuan seksual di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan di sini pada 8 malam antara 1 hingga 10 Jan lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Bagaimanapun, Hamid Khan yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan menanggung seorang kakak yang merupakan ibu tunggal. 

Hakim Mohd Kafli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 21 Feb untuk sebutan kes. 

Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada 1 Januari lepas sebelum seorang daripada mereka, berusia 17 tahun, dijumpai dalam keadaan tidak bermaya di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni pada 11 Jan lepas. 

Remaja itu mendakwa dikurung bersama adiknya yang berusia 16 tahun di dalam sebuah motel di Jalan Petaling oleh individu tidak dikenali dan diperlakukan tidak baik sebelum berjaya melarikan diri. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related