Isu pelantikan Wan Junaidi sebagai Gabenor: Timbalan Premier Sarawak kunci mulut

Gabenor Sarawak ketika ini adalah Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan itu sejak Mac 2014

11:57 AM MYT

 

KUCHING – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian masih mengunci mulut berhubung laporan peletakan jawatan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi membuka jalan kepada pelantikannya untuk memegang kedudukan Gabenor Sarawak.

“Lain kali… Lain kali,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan pameran seni Syn Chong Liew di Hoan Gallery di Promenade Mall malam tadi.

Bagaimanapun, Dr Sim mendedahkan bahawa Premier, Tan Sri Abang Johari Openg kini berada di Kuala Lumpur, tanpa memaklumkan butirannya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Wan Junaidi didakwa mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara untuk dilantik sebagai Gabenor Sarawak Ke-8.

The Malaysian Insight melaporkan bahawa mereka melihat surat peletakan jawatan itu dan Wan Junaidi dijangka mengangkat sumpah jawatan berkenaan kemudian.

Gabenor Sarawak ketika ini adalah Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan itu sejak Mac 2014.

Difahamkan, tempoh Taib sebagai Gabenor Sarawak dijangka berakhir hujung bulan depan. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Related