Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705811124:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_b59224cbfa500adb2e2beb502d9484a4] => Array
        (
            [0] => {{unknown}}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 158938
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Palestin
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seolah-olah mahu ‘melumpuhkan’ sistem pendidikan di Gaza, Palestin, namun alasan sebenar tindakan itu tidak diketahui.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 161
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749620361";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:9;i:2;i:5;i:1;i:15;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749620361
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Tentera Israel bunuh 94 profesor universiti, ratusan guru dan ribuan pelajar Palestin | Scoop

Tentera Israel bunuh 94 profesor universiti, ratusan guru dan ribuan pelajar Palestin

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seolah-olah mahu ‘melumpuhkan’ sistem pendidikan di Gaza, Palestin, namun alasan sebenar tindakan itu tidak diketahui.

Ia susulan tindakan tentera Israel yang membunuh 94 profesor universiti serta ratusan guru dan ribuan pelajar sejak peperangan kedua-dua negeri tercetus di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan badan pemantau bebas hak asasi manusia, Euro-Med Human Rights Monitor semalam bersamaan hari ke 107 serangan itu, tentera Israel menyasarkan tokoh akademik, saintifik dan intelektual di Gaza menerusi serangan udara.

Badan berpangkalan di Geneva itu berkata, serangan terbabit disengajakan dan khusus di rumah mereka tanpa notis awal.

“Mereka yang menjadi sasaran ditimpa runtuhan itu bersama ahli keluarga mereka dan keluarga lain yang kehilangan tempat tinggal.

“Data awal menunjukkan bahawa tidak ada justifikasi atau alasan yang jelas di sebalik penyasaran orang-orang ini,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di laman sesawang Euro-Med Human Rights Monitor.

Tentera Israel, menurutnya, secara sistematik memusnahkan setiap universiti di Semenanjung Gaza semasa kempen pencerobohan dibuat secara sembarangan.

Jelasnya, mangsa yang disasarkan termasuk 17 individu yang memegang ijazah profesor, manakala pemegang ijazah kedoktoran sebanyak 59 orang dan pemegang ijazah sarjana (18).

Bagaimanapun, ia hanya anggaran kerana akibat cabaran dokumentasi dihadapi yang disebabkan kesukaran pergerakan, gangguan komunikasi dan internet, selain ribuan individu tidak diketahui lokasi mereka atau hilang, Euro-Med Human Rights Monitor menganggarkan bilangan ahli akademik yang disasarkan lebih tinggi.

Dalam satu kenyataan lain, badan itu memetik pengumuman Kementerian Pendidikan Palestin yang berpangkalan di Gaza bahawa serangan berkenaan sudah meragut nyawa 231 guru dan pentadbir serta sekurang-kurangnya 4,327 pelajar.

Euro-Med Human Rights Monitor berkata, kemusnahan meluas dan sengaja Israel terhadap harta budaya dan sejarah Palestin, termasuk universiti, sekolah, perpustakaan dan arkib, menunjukkan dasarnya yang jelas untuk menjadikan Semenanjung Gaza tidak dapat didiami.

Sementara itu, media antarabangsa, termasuk Reuters melaporkan, sekurang-kurangnya 24,927 penduduk Gaza terbunuh dan 62,388 cedera dalam serangan Israel ke atas kawasan berkenaan sejak konflik peperangan tercetus.

Angka kematian penduduk di Israel akibat serangan Hamas adalah 1,139 orang. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Isu subsidi diesel jadi ‘bola tanggung’ kepada PAS jika ia dimainkan di Sg Bakap, kata penganalisis

Ini kerana ada dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional sendiri yang bersetuju dengan rasional penyasaran subsidi diesel dilakukan

Mengapa bil elektrik melonjak naik? Ini sebabnya…

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, industri tenaga di seluruh dunia berdepan dengan cabaran satu demi satu gangguan dan juga krisis. 

A convenient fix or debt trap? Youth weigh in on buy now, pay later option

University students share benefits and drawbacks of using scheme, especially with limited budget

Related