Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705821465:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 331
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 158946
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:85:"Arahan itu terkandung dalam surat edaran dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => AI
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Semua penjawat awam sudah diarah melengkapkan pembelajaran Program Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan (AI) untuk memperoleh
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752087951";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751571092";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:2;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752087951
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Penjawat awam sudah diarah ikuti Program AI Untuk Rakyat bagi pertingkat ilmu teknologi | Scoop

Penjawat awam sudah diarah ikuti Program AI Untuk Rakyat bagi pertingkat ilmu teknologi

Arahan itu terkandung dalam surat edaran dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua penjawat awam sudah diarah melengkapkan pembelajaran Program Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan (AI) untuk memperoleh lencana AI Aware dan AI Appreciate, bagi memastikan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi termaju meningkat.

Arahan itu dinyatakan dalam surat edaran bertajuk ‘Pelaksanaan program AI Untuk Rakyat dalam kalangan penjawat awam’ dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang dikongsikan di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Surat edaran bertarikh 17 Januari lalu itu ditujukan kepada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan Persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun Persekutuan, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

“Setiap pihak berkaitan (seperti di atas) dikehendaki melengkapkan program pembelajaran tersebut (AI) bagi memperoleh lencana ‘Al Aware’ dan ‘Al Appreciate’, sebagai langkah untuk memastikan peningkatan kesedaran penjawat awam terhadap penggunaan teknologi termaju.

“Penglibatan penjawat awam dalam program Al Untuk Rakyat ini dilihat berupaya meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan oleh kerajaan dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Menurutnya, program ‘Al Untuk Rakyat’ ini boleh dicapai menerusi portal Al Untuk Rakyat di pautan www.ai.gov.my.

Laporan penyertaan program itu di peringkat organisasi masing-masing, katanya, perlu dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi melalui emel radin.hambali@ekonomi.gov.my.

Manakala, katanya, sesalinan laporan itu juga hendaklah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui emel johanna.zainal@ipa.gov.my.

Ujarnya, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Laila Khalidah Ismail
Pengarah Bahagian K-Ekonomi
Kementerian Ekonomi
khalidah.ismail@ekonomi.gov.my; dan/atau

Radin Shah Izuan Radin Mohd Hambali
Ketua Penolong Pengarah Bahagian K-Ekonomi
Kementerian Ekonomi.
radin.hambali@ekonomi.gov.my

“Sebarang pertanyaan mengenai penggunaan portal Al Untuk Rakyat ini boleh dikemukakan terus kepada MyDC yang akan memberikan maklum balas sewajarnya terhadap setiap pertanyaan pengguna, menerusi alamat emel c4ir@mydigital.gov.my seperti tertera dalam portal terbabit atau emel contactus@mydigital.gov.my dan talian telefon bernombor 03-88618282,” katanya.

Terdahulu. Program AI Untuk Rakyat dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Januari lalu, sebagai program pembelajaran kendiri dalam talian yang bermatlamat meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI.

Anwar berkata, Program AI Untuk Rakyat adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk mendekatkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program mengandungi dua modul, iaitu AI Aware dan AI Appreciate dibangunkan hasil kerjasama pihak MyDIGITAL Corporation (MyDC) serta Intel Corporation itu, terbuka untuk semua lapisan rakyat Malaysia secara percuma dan disediakan dalam empat bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin serta Tamil.

Rakyat boleh melayari www.AI.gov.my dan program itu boleh dilengkapkan mengikut tahap kelajuan masing-masing atau dihabiskan dalam masa empat jam jika dibuat secara terus.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mensasarkan sejuta rakyat akan mengikuti program selama empat jam itu, hingga hujung tahun ini.

Justeru, katanya, sebagai permulaan program itu perlu segera dilaksanakan dan dimulakan kepada pelajar sekolah, penuntut universiti dan penjawat awam. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

National women’s hockey squad book ticket to World Cup 5’s

The national women’s five-a-side hockey squad qualified for the inaugural World Cup Hockey 5’s 2024 after winning bronze at the Asia Cup 5’s in Salalah, Oman, last night.

Football legends slam Sports Ministry over poor state of Bukit Jalil Stadium pitch

Former national football players have voiced their frustration with the Youth and Sports Ministry over the poor condition of the newly upgraded zeon zoysia pitch at the Bukit Jalil National Stadium. 

Related