Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705820142:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:121:"Perdana Menteri berkata, perjuangan Devaki dalam mengangkat martabat wanita dalam kempimpinan dan politik memahat sejarah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Devaki
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan dukacita di atas pemergian wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Tan Sri Devaki Krishnan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 256
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749541558";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749618686";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749618686
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 158955
        )

)
Anwar dukacita pemergian Devaki, ‘jasa dan pengorbanan mendiang akan dikenang selamanya’ | Scoop

Anwar dukacita pemergian Devaki, ‘jasa dan pengorbanan mendiang akan dikenang selamanya’

Perdana Menteri berkata, perjuangan Devaki dalam mengangkat martabat wanita dalam kempimpinan dan politik memahat sejarah

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan dukacita di atas pemergian wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Tan Sri Devaki Krishnan, dengan menyifatkan jasa mendiang akan dikenang selamanya.

Perdana Menteri berkata, perjuangan Devaki dalam mengangkat martabat wanita dalam kempimpinan dan politik memahat sejarah.

Malah, katanya, wanita itu mengabadikan hayatnya demi kepentingan masyarakat.

“Turut berdukacita di atas pemergian wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Tan Sri Devaki Krishnan malam tadi.

“Devaki adalah sosok penting dalam sejarah perjuangan mengangkat martabat wanita dalam kepimpinan dan politik, sanggup mengabadikan hayatnya demi masyarakat.

“Jasa dan pengorbanan mendiang akan dikenang buat selamanya. Takziah kepada keluarga mendiang,” katanya menerusi Facebook.

Devaki Krishnan meninggal dunia malam tadi pada usia 100 tahun dan khabar sedih itu, dikongsi cucunya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan.

“Kehilangannya pada usia 100 tahun sudah tentu amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga.

“Kehilangannya tiada ganti. Kenangan bersamanya akan terus diabadi. Semoga rohnya diberikan ketenangan,” katanya.

Menurut Ramanan, mendiang Devaki adalah seorang tokoh wanita berpengaruh dalam politik Malaysia sehingga diberi gelaran ‘Grand Dame of Malaysian Indian Politics’, malah hayatnya diabdikan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Jasa dan kepimpinannya mengangkat martabat wanita di mata dunia. Seorang pionir sebagai wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia dan meninggalkan warisan gemilang dalam sejarah politik negara,” katanya.

Devaki dilahirkan pada 11 Mac 1923 dan memulakan karier sebagai guru sebelum memenangi kerusi dalam Majlis Perbandaran di Kuala Lumpur pada 1952, sekali gus menjadi wanita pertama Malaysia dipilih sebagai penjawat awam.

Anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu terbabit dalam politik pada 1950 dan menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 1951 atas jemputan presiden pengasas parti berkenaan, Datuk Onn Jaafar.

Selepas Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952, Devaki menjadi Naib Presiden MIC yang ketika itu hanyalah sebuah persatuan sosial dan kebajikan.

Anak sulung daripada enam adik-beradik itu, antara individu yang terbabit menubuhkan bahagian wanita dalam MIC dan Setiausaha Wanita MIC Kebangsaan yang pertama pada 1975.

Selain itu, Devaki pernah memegang pelbagai jawatan, termasuk Ahli Lembaga Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Naib Presiden Persatuan Wanita Asia Pan Pasifik dan Asia Tenggara serta Ahli Majlis Majlis Kebangsaan Pertubuhan Warga Emas Malaysia.

Mendiang juga bergelar wanita India pertama dianugerahkan gelaran Tan Sri pada 1995 serta pernah menerima pelbagai anugerah sepanjang hayatnya, termasuk Tokoh Wanita dan Pingat Emas Tun Fatimah daripada NCWO. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related