Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705851688:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:125:"Menurut sumber universiti, penolakan tuntutan pihak Kaunsel sudah dijelaskan menerusi satu kenyataan pada 23 Julai tahun lalu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Kaunsel Unisel
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sumber universiti itu juga berkata, pihak kesatuan terbabit juga dikatakan menuntut cuti 45 hari dalam setahun
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 534
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 159114
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750613303";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750613303
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Tolak KPI, tuntut gaji naik 30% di Unisel setiap tahun punca Kaunsel tak diiktiraf | Scoop

Tolak KPI, tuntut gaji naik 30% di Unisel setiap tahun punca Kaunsel tak diiktiraf

Menurut sumber universiti, penolakan tuntutan pihak Kaunsel sudah dijelaskan menerusi satu kenyataan pada 23 Julai tahun lalu

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penubuhan Kesatuan Kakitangan Akademik Unisel (Kaunsel) tidak diiktiraf Universiti Selangor (Unisel) berikutan penolakan mereka terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan pengurusan universiti itu.

Sumber berkata, antara KPI itu ialah keperluan untuk mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang menjadi antara syarat ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di mana 30% kakitangan sebuah universiti perlu mempunyai PHD untuk membolehkan institusi pengajian mendapat lesen dan beroperasi.

“Masalahnya mereka ini mendaftar untuk PHD pun tidak mahu walaupun diberi tempoh lima tahun untuk melengkapkannya.

“Universiti bantu beri insentif, sudah berjumpa dan berbincang selain tunjuk ajar cara dan langkah membuat PHD, mungkin mereka ini merasakan sudah berada dalam zon selesa.

“Tapi adilkah kepada pelajar, bolehkah mereka memajukan pelajar kalau mereka tidak berhasrat diri juga.

Sebahagian daripada individu termasuk pensyarah yang berhimpun secara aman bagi membantah pemecatan salah seorang daripada mereka yang juga Presiden Kaunsel, Mohd Azrin Abd Rahim – Tangkapan layar, 22 Januari, 2024

“Kalau nak pelajar berkualiti, pensyarah perlu terlebih dahulu berkualiti. Apa kriteria pensyarah berkualiti? Ada buat kajian, keluar di penerbitan jurnal, ada PHD,” katanya kepada Scoop hari ini.

Sumber universiti itu juga berkata, pihak kesatuan terbabit juga dikatakan menuntut kenaikan gaji hingga 30% setiap tahun dan cuti 45 hari dalam setahun.

“Banyak tuntutan yang tidak munasabah dikemukakan kepada pengurusan universiti, jadi bagaimana untuk dipenuhi dan kemudian universiti dikecam sebagai kejam,” katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan pernah menerima surat layang dan berbaur ugutan selain penyebaran fitnah terhadap universiti.

“Difahamkan, lebih separuh ahli kesatuan juga sudah meninggalkan kesatuan itu. Malah dalam piket dibuat pada Jumaat juga dipercayai turut disertai pihak luar yang cuba mengambil kesempatan dan juga bekas kakitangan universiti,” katanya.

Selain itu sumber berkata, penolakan tuntutan pihak yang terbabit juga sudah dijelaskan menerusi satu kenyataan pada 23 Julai tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan berkata, sebarang kenyataan lanjut berkait tuntutan pihak yang membuat bantahan akan dikeluarkan Unisel dalam minggu ini, sekiranya perlu.

Piket dibuat Jumaat lalu juga dipercayai turut disertai pihak luar yang cuba mengambil kesempatan dan juga bekas kakitangan universiti – Tangkapan layar, 22 Januari, 2024

“Apa-apa perkembangan terkini pihak universiti akan laporkan jika perlu. Impak kepada situasi sedang dalam siasatan,” katanya.

Jumaat lalu, sekumpulan kecil individu termasuk beberapa pensyarah Unisel berhimpun secara aman bagi membantah pemecatan salah seorang daripada mereka yang juga Presiden Kaunsel, Mohd Azrin Abd Rahim.

Salah seorang daripada mereka memaklumkan bahawa Azrin dipecat selepas lebih 16 tahun berkhidmat sebagai pensyarah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, justeru ia wajar diberikan pembelaan. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related