Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705984839:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 151
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 159460
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:72:"Sumber SPRM mengesahkan Na’imah ditahan di sebuah hospital petang tadi";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Naimah
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => ‘Saya akan lawan pendakwaan dilakukan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ini’.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 50
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750054611";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749539794";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750054611
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_page_template] => Array
        (
            [0] => default
        )

)
‘Saya akan lawan pendakwaan ini’, kata isteri Daim | Scoop

‘Saya akan lawan pendakwaan ini’, kata isteri Daim

Sumber SPRM mengesahkan Na’imah ditahan di sebuah hospital petang tadi

9:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Saya akan lawan pendakwaan dilakukan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ini’.

Demikian tegas Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai pendakwaan yang akan dihadapinya di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Kuala Lumpur jam 9 pagi esok.

Dalam kenyataan ringkasnya, beliau mengesahkan akan didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana kononnya gagal mematuhi notis memintanya mendedahkan maklumat mengenai aset pemilikannya.

Beliau berkata, sepasukan pegawai SPRM tiba di hospital tempat suaminya itu dimasukkan ke wad, bagi merekod keterangan.

“Ini dilakukan walaupun saya telah memberi keterangan pada 10 Januari lalu dan jaminan akan memberi kenyataan sebaik sahaja prosedur perubatan suami selesai pada Selasa.

“Saya meminta pertuduhan dilakukan sehari kemudian (Rabu) tetapi ditolak. Mereka berkeras saya akan didakwa esok.

“Saya akan berada di mahkamah esok, saya akan melawan pertuduhan ini,” katanya.

Terdahulu Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Datuk Mohammad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata, pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 36 (2) Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu sumber memberitahu, Na’imah ditahan SPRM di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada jam 4.50 petang tadi.

Beliau akan didakwa mengikut akta itu kerana gagal isytihar harta.

Pada 10 Januari lalu, Na’imah dan dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan Umno ketika parti itu mentadbir negara.

Bulan lalu, SPRM turut menyita bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di ibu negara, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember tahun lalu disiarkan melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Pada 3 Januari lalu, media melaporkan SPRM memanggil empat individu bagi membantu siasatan kes sama yang direkodkan mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related