PM umum tambahan peruntukan bagi menaiktaraf perumahan Kastam dari RM20 juta kepada RM50 juta

Peruntukan itu bagi memastikan perumahan kepada anggota Kastam tidak lagi daif dan uzur, selain kerajaan akan terus berusaha membina perumahan baharu buat mereka

2:05 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan peruntukan awal bagi menambahbaik perumahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia daripada RM20 juta kepada RM50 juta susulan peningkatan kutipan hasil jabatan terbabit.

Menurut Anwar, peruntukan itu adalah bagi memastikan perumahan kepada anggota Kastam tidak lagi daif dan uzur selain kerajaan akan terus berusaha untuk membina perumahan baharu buat mereka.

Katanya, bagi tahun ini kerajaan menyediakan RM2 bilion untuk perbaiki perumahan penjawat awam termasuk Kastam.

“Tetapi memandangkan prestasi Kastam yang membanggakan, peruntukan awal kita tambah untuk Kastam daripada RM20 juta kepada RM50 juta.

“Sebab itu bagi polis, tentera, Maritim Malaysia dan JKDM, kita akan beri keutamaan kepada perumahan pada tahun 2024 ini. Saya minta ini disegerakan, tidak ikut prosedur tender biasa.

“Perkara ini terpaksa ikut tender kerana kalau ada rundingan, rundingan ini kadangkala ada 10%, 20% itu bocor ke tempat lain.

“Sebab itu proses tender itu harus dipatuhi tapi boleh disegerakan, dipercepatkan. Kalau tandas robek, rosak, takkan nak tunggu tandas siap enam bulan. Itu satu penyeksaan, penderaan tapi boleh disegerakan semua itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memberi jaminan bonus kepada kakitangan Kastam akan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Ini (bonus) diumum oleh Perdana Menteri yang tidak mengambil gaji dan menterinya dipotong gaji 20%.

“Kita mahu beri keselesaan dan keadilan kepada pegawai di semua peringkat,” katanya.

Beliau turut yakin unjuran kutipan hasil JKDM bagi 2024 (RM56 bilion) bukan sahaja akan dicapai tetapi melepasi sasaran.

“Kutipan hasil Kastam membanggakan Kementerian kewangan dan kerajaan. Ini hasil peningkatan kecekapan yang membolehkan Kastam memperoleh kutipan lebih daripada sasaran.

“Hasil negara bertambah, dan kalau negara ada kepimpinan yang tegas, ketirisan boleh dielakkan, wang hasil boleh dikembalikan kepada anak-anak kita yang berada di sekolah dan juga untuk rawatan di hospital bagi ibu kita dan sebagainya,” katanya. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

No tolerance for racial, religious hatred, PM warns of severe action

I can stand to be attacked, but I draw the line at others inciting hate using racial and religious sentiments, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related