Rangka yang ditemui di rumah terbiar adalah milik Bella: Kakak

Norhisham berkata, dia akan menuntut keadilan atas pemergian adiknya itu

7:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Rangka yang ditemui di sebuah rumah terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat, adalah milik Mila Sharmila Samsusah, atau dikenali sebagai Bella.

Ia disahkan oleh kakaknya, Norhisham yang turut memaklumkan jenazah akan dituntut di Hospital Sultan Ismail pagi esok.

“Kehilangan paling berat. Dukacita saya maklumkan ujian DNA mengesahkan rangka itu milik Bella…berat dugaan kami sekeluarga.

“Esok jenazah akan dituntut di Hospital Sultan Ismail pagi dan dibawa pulang ke Batu Pahat dan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Banang.

“Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Dato Bentara,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Kes kehilangan Bella dilaporkan media apabila dia tidak pulang ke rumah selepas memberitahu mahu ke dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat dan rakaman CCTV menunjukkan wanita itu keluar ke pusat cucian bersama teman lelakinya.

Selepas Bella gagal dihubungi, keluarganya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan pihak polis menghebahkan kes itu kepada umum, termasuk menerusi media sosial.

Mengulas lanjut, Norhisham berkata, dia akan menuntut keadilan atas pemergian adiknya itu.

“Saya tahu tanpa doa, usaha dan ikhtiar dari semua takkan saya dapat jumpa Bella. Aku akan tuntut keadilan atas pemergian kau ini. Sepatutnya kita masih bersama-samakan,’’ demikian tulisnya.

Sementara itu, polis memaklumkan sampel patologi rangka manusia yang dijumpai di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Jumaat lepas sepadan dengan kakak dan ibu Bella. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related