Cuai, ahli akademik UPM wajar tarik balik jurnal

Penerbitan jurnal dengan fakta tidak tepat adalah kecuaian penyelidik dan juga penilai kajian itu

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua ahli akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) wajar menarik balik kajian jurnal akademik mereka berkait sejarah pelayaran Melayu dan memperbetulkan fakta yang tidak tepat.

Setiausaha Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Rosli Mahat berkata, penerbitan jurnal dengan fakta tidak tepat adalah kecuaian penyelidik dan juga penilai kajian itu.

“Masalah utama adalah adanya kecuaian, kenapa ambil gambar lain (gambar kapal layar) tapi kaitkan dengan perkara lain, malah penilai (kajian) juga cuai, takkan tidak dapat kesan (fakta salah).

“Kebiasaanya perkara seperti ini penyelidik terbabit perlu menarik semula kajiannya. Namun sekiranya mereka mahu menerbitkan semula kajian itu ia perlu diolah, tulis semula dan perbetulkan fakta yang tidak tepat itu,” katanya kepada Scoop hari ini.

Ditanya sekiranya penyelidik tetap mempertahankan fakta kajiannya, beliau yang juga bekas pensyarah di Universiti Malaya berkata, itu hanya pendapat penyelidik berkenaan.

“Jika kita lihat kepada senarai-senarai jurnal akademik, jurnal itu bukannnya masuk dalam senarai jurnal yang unggul, ia boleh dikategorikan ‘jurnal peringkat bawah’ sahaja,” katanya.

Rosli berkata, isu ini juga tidak menuntut campur tangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana ia boleh diselesaikan pihak universiti terbabit.

“KPT tak perlu terlibat pun dalam perkara ini, ia menjadi tanggungjawab universiti itu,” katanya.

Terdahulu, seorang sejarawan Perancis mendakwa dua ahli akademik UPM menampilkan fakta salah berkaitan sejarah pelayaran Melayu dan mempersoalkan kredibiliti jurnal akademik tempat ia diterbitkan.

Dalam satu catatan Facebook, Serge Jardin menamakan Rozita Che Rodi dan Hashim Musa – kedua-duanya ahli akademik dari UPM – sebagai penulis kertas berjudul ‘The Jongs and The Galleys: Traditional Ships of The Past Malay Maritime Civilization’ yang diterbitkan dalam International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, Jilid 13, Isu 11, 2023.

Jardin mendakwa imej yang digunakan dalam kertas mereka untuk menunjukkan model Jong Melayu (sejenis kapal layar yang berasal dari Jawa, Indonesia yang digunakan secara meluas oleh pelaut Jawa, Sunda, dan kemudian oleh pelaut Pegu dan Melayu) sebenarnya adalah Kapal Kargo Foochow Pole (sejenis kapal kargo) dari China.

Susulan itu, UPM dalam satu kenyataan semalam menjelaskan jurnal akademik berjudul ‘The Jongs and The Galleys: Traditional Ships of The Past Malay Maritime Civilization’ yang disenaraikan di dalam pangkalan data ERA mempunyai polisi ‘blind peer reviewed, refereed journal’.

Katanya, ia bermaksud jurnal kajian terbabit sudah disemak pakar dalam bidang, yang tiada kaitan dengan penyelidik bagi mengelakkan konflik kepentingan untuk mengesahkan dapatan kajian.

“UPM mengambil maklum keprihatinan masyarakat di media massa berkenaan kekeliruan dapatan kajian ‘The Jongs and The Galleys: Traditional Ships of the Past Malay Maritime Civilization’ yang dijalankan oleh penyelidik dari UPM.

“UPM memandang serius dakwaan yang ditujukan kepada universiti. Oleh kerana penyelidikan ini bersifat akademik, UPM berpandangan adalah wajar isu itu dibincangkan dalam ruang akademik” katanya – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri masing-masing

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related