Daim Zainuddin dibenarkan keluar hospital hari ini

SPRM sedang melihat semua pilihan yang ada bagi proses pendakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan itu

1:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan lebih dua minggu.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi Scoop berkata, Daim dibenarkan keluar hari ini dan suruhanjaya itu sedang melihat semua pilihan yang ada bagi proses pendakwaan terhadap bekas pemimpin berkenaan.

“Kita sedang tengok semua option yang ada,” katanya ketika disoal sama ada SPRM akan ke rumah Daim hari ini bagi mengambil tindakan seterusnya.

Sementara itu, Scoop sedang menghubungi peguam Daim, Tan Sri Tommy Thomas bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai anak guamnya itu.

Pada 29 Disember lalu, SPRM mengesahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Daim dibuat berdasarkan maklumat Kertas Pandora yang dimulakan sejak Februari lalu.

SPRM berkata, satu notis mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) diserahkan kepada beliau supaya mengisytiharkan segala aset sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis serta akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis pada 7 Jun lalu.

“Daim memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan diberikan lanjutan pada 6 Julai; 10 Ogos; 11 September; 11 Oktober dan terakhir pada 14 November lalu untuk mengisytiharkan segala aset miliknya.

“Sebagai sebahagian daripada proses siasatan SPRM, Pendakwa Raya mengeluarkan Notis Penyitaan Menara Ilham mengikut Seksyen 38 (1) Akta 694 (Penyitaan Harta Tak Alih) pada 18 Disember lalu.

“Daim disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Daim sepatutnya sudah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta SPRM kerana suruhanjaya itu sudah mendapat kebenaran berbuat demikian.

Beliau berkata, bagaimanapun pertuduhan belum dapat dilakukan atas alasan kesihatan apabila Daim dimasukkan ke hospital.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sudah beri kebenaran mendakwa bekas menteri kanan terbabit sejak minggu lalu.

Jelasnya, pegawai penyiasat telah berhubung dengan peguam Daim namun dimaklumkan beliau dimasukkan hospital.

Kelmarin isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Na’imah, 67, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sejurus jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Na’imah didakwa dengan sengaja memberi satu pernya­taan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn. Bhd. dan Ilham Baru Sdn Bhd; dua kenderaan mewah Mercedes Benz; dua rumah di Persiaran Bukit Tunku dan Jalan Athinahapan, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI); empat lot tanah pegangan bebas di Bukit Tunku dan satu lot tanah, masing-masing di Pulau Pinang dan TTDI. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related