Lori rempuh palang tol, sekatan polis sebelum ditahan selepas dikejar 100km

Hasil pemeriksaan di belakang kenderaan tersebut mendapati terdapat kabel Telekom Malaysia sepanjang 44.2 meter dipercayai dicuri suspek

10:29 PM MYT

 

DUNGUN – Polis menahan seorang lelaki, manakala dua lagi rakan melarikan diri selepas lori dinaiki mereka dikejar anggota polis sejauh hampir 100 kilometer (km) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan yang menaiki lori Isuzu dikesan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Santong, Paka pada jam 4 pagi tadi.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan kemudian diarahkan berhenti untuk tujuan pemeriksaan, bagaimanapun dia bertindak memecut laju memasuki Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan merempuh penghadang Plaza Tol Paka.

“Mereka kemudian melarikan diri ke arah Kuala Terengganu dan keluar di Plaza Tol Ajil sebelum berpatah balik ke Dungun, melalui jalan Jerangau-Jabor.

“Suspek juga bertindak merempuh satu lagi penghadang tol ketika keluar dari LPT2 dan sebuah sekatan jalan raya di kawasan Jerangau, sebelum melalui jalan Tok Kah dan keluar di simpang Kampung Pulau Serai menuju bandar Dungun,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, lori tersebut kemudian berhenti berhampiran Jambatan Nibong, sebelum pemandu dan kelindannya yang masing-masing berusia lingkungan 30-an bertindak melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, seorang lagi suspek lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang gagal meloloskan sebelum ditahan polis pada jam 6.55 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan pada belakang kenderaan tersebut mendapati terdapat kabel syarikat Telekom Malaysia (TM) sepanjang 44.2 meter dipercayai dicuri suspek.

“Polis ketika ini sedang mengesan dua suspek yang masih bebas dan suspek yang telah ditahan didapati memiliki sembilan rekod lampau berkaitan dadah dan kita akan jalankan ujian urin ke atasnya,” katanya. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related