Wakil p-hailing belum berhubung atau bertemu untuk bincang struktur bayaran, kata Grab Malaysia

Syarikat itu memaklumkan ia mengalu-alukan cadangan, maklum balas bagi meningkatkan platform tersebut

6:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia mendedahkan bahawa ia tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertemuan dengan wakil penunggang p-hailing yang berusaha untuk menangani kebimbangan mengenai struktur bayaran baharunya.

Dalam kenyataannya, Grab Malaysia menegaskan syarikat berkenaan komited untuk berkomunikasi secara terbuka dengan rakan penghantarnya dalam usaha mengekalkan ketelusan.

“Kami menghargai dan mengalu-alukan maklum balas serta cadangan mereka, dan dedikasi untuk memasukkan pandangan ini ke dalam usaha berterusan yang dijalankan oleh syarikat untuk meningkatkan pengalaman mereka di platform ini.

“Kami juga ingin menjelaskan selain daripada komunikasi secara langsung dengan rakan kongsi, Grab Malaysia belum menerima sebarang surat daripada persatuan atau pihak-pihak yang ingin meminta penjelasan atau pertemuan,’’ kata Grab Malaysia.

Ia selepas sebuah persatuan penunggang p-hailing iaitu Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) memaklumkan ia bercadang mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perkara berkenaan.

Pada 16 Januari 2024, Grab Malaysia telah melaksanakan struktur bayaran baharu kepada rakan kongsinya bertujuan untuk menangani kebimbangan dalam kalangan mereka, mengenai soal jarak dan waktu menunggu.

Penstrukturan itu bertujuan membolehkan penunggang p-hailing mendapat pendapatan yang lebih adil dan stabil terutama kepada mereka yang bergantung kepada platform itu sepenuhnya.

Dalam masa seminggu struktur bayaran baharu dilaksanakan, Grab Malaysia melaporkan kira-kira 60% rakan kongsinya sudah mendapat hasil yang positif.

Dalam masa seminggu selepas Grab Malaysia melaksanakan struktur bayaran baharu, kira-kira 60% rakan kongsi mereka sudah mendapat hasil yang positif. – Abdul Razak Latif/Scoop, 26 Januari, 2024

“Untuk mendapat trend sokongan positif, kami juga mengumumkan tambahbaik bagi membolehkan insentif berkenaan dinikmati oleh lebih ramai rakan kongsi penghantaran.

“Kami juga akan terus mengadakan promosi melibatkan pengguna seperti GrabUnlimited, HotDeals, Kombo Jimat, dalam memastikan peluang pendapatan yang konsisten untuk rakan kongsi penghantaran,’’ kata Grab Malaysia.

Terdahulu, pemandu dan penghantar (rider) boleh menikmati pendapatan yang lebih kerana Grab Malaysia telah meningkatkan kadar keperluan pembatalan (CR) untuk semua insentif dari 5% ke 8%.

Dengan menaikkan kadar keperluan pembatalan itu, lebih ramai rider akan layak mendapat Bonus Mingguan dan Bonus Prestasi.

Bagi pemandu dan rider p-hailing di kawasan Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka dan Ipoh, Bonus Prestasi akan dibuat dua kali seminggu (Isnin dan Jumaat) untuk membantu aliran tunai mereka.

Grab Malaysia sebelum ini telah menyusun semula rangka kerja bayaran dan bonusnya untuk memastikan pampasan adil kepada rider penghantaran serta pemandu p-hailing yang menerima tempahan yang memerlukan lebih banyak masa dan usaha.

Struktur baharu itu, kata Grab Malaysia, merupakan asas kepada komitmen syarikat tersebut untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, pampasan yang adil kepada rakan penghantar berdasarkan kepada masa, usaha dan jarak. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related