Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1706341764:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 267
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 161268
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:161:"Jenazah anak sulung lima beradik itu akan disembahyangkan di masjid di kem tentera sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Perkuburan Kuau, Bachok, Kelantan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Lemas kem tentera
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Nor Amar Mukhlis Mohd Anizan, seorang daripada tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di sini semalam
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 69
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750315997";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750315997
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Lemas di kolam tentera: Nor Amar nyata hasrat pulang ke kampung | Scoop

Lemas di kolam tentera: Nor Amar nyata hasrat pulang ke kampung

Jenazah anak sulung lima beradik itu akan disembahyangkan di masjid di kem tentera sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Perkuburan Kuau, Bachok, Kelantan

3:44 PM MYT

 

TEMERLOH – Nor Amar Mukhlis Mohd Anizan, seorang daripada tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di sini semalam, sering bertanyakan kepada bapanya sama ada mereka sekeluarga jadi pulang ke kampung.

Bapa Allahyarham, Sarjan Mohd Anizan Daud, 39, berkata, mengikut perancangan mereka sekeluarga sepatutnya bertolak ke kampung petang ini selepas permohonan cutinya diluluskan semalam.

Menurut Mohd Anizan, pada semalam dia ada membuka aplikasi WhatsApp untuk menghantar pesanan kepada Nor Amar Mukhlis bagi memaklumkan mereka dapat pulang ke kampung.

Bagaimanapun, selepas melihat kumpulan WhatsApp perumahannya ‘gempar’ dengan kejadian lemas di kolam latihan berhampiran, dia segera meninggalkan tugas di padang kawat lalu ke lokasi kejadian.

“Saya tahu Amar Mukhlis terlibat (lemas) kerana bajunya di tepi kolam. Sebelum itu, saya menghantarnya ke kelas mengaji. Saya kelu. Teringat sejak tiga, empat hari lepas dia sibuk bertanya jika kami jadi pulang ke kampung kerana ada kenduri kesyukuran.

“Petang semalam baru saya tahu permohonan cuti diluluskan. Ikut perancangan, kami sepatutnya bertolak petang ini dan memang benar kami pulang ke kampung seperti hasrat arwah,” katanya yang ditemui di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini hari ini.

Mohd Anizan berkata, jenazah anak sulung daripada lima beradik itu akan disembahyangkan di masjid di kem tentera itu sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Perkuburan Kuau, Bachok, Kelantan.

Nor Amar Mukhlis, 13, dan dua rakannya Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim dan Aiman Shafiq Sudirman kedua-duanya berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas didakwa mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam kira-kira 2.1 meter, dalam kem itu petang semalam.

Sementara itu, ibu kepada Muhammad Shafiq Aswad, Noriah Abdul Rashid, 35, berkata, anaknya meminta izin untuk keluar bermain pada 4.30 petang, sebelum dia menerima berita menimpa anak keduanya menerusi panggilan telefon daripada jiran, selang sejam kemudian.

“Saya bergegas ke pusat perubatan. Walaupun nampak doktor sedaya upaya melakukan bantuan CPR (resusutasi kardiopulmonari), naluri saya mengatakan Abang Ngah (panggilan arwah) sudah tiada,” katanya yang sedang hamil anak keenam.

Noriah berkata, arwah sering membantunya menghantar pesanan kuih yang dijualnya ke rumah pelanggan pada sebelah petang kerana mahu menyimpan ‘upah’ untuk membeli kasut bola, selain ringan tulang sama ada di rumah mahupun sekolah.

Katanya, walaupun sedih dan reda dengan kehilangan arwah, dia bersyukur kerana anak ketiganya Muhammad Safwan Arfan, 9, yang keluar bersama arwah tidak mandi di kolam itu, sebaliknya hanya duduk di tepi kolam.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang menjalankan operasi penyelamatan di Kem Batu 5, Jalan Karak-Temerloh, Pahang. – Gambar ihsan JBPM, 27 Januari, 2024

“Anak ketiga sangat kurang bercakap selepas kejadian. Saya diberitahu semasa abangnya (diangkat) keluar dari kolam, dia duduk di tepi kolam sambil menekup kepala dan memanggil abangnya. Mungkin disebabkan itu dia trauma selain mereka memang rapat,” katanya.

Noriah berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Wakaf, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

Sementara itu, Koperal Sudirman Mustafa, 37, berkata, dia pada mulanya sukar untuk mempercayai Aiman Syafiq terlibat dalam kejadian itu, kerana baru menghantar anak sulung daripada tiga beradik itu ke kelas mengaji berhampiran rumahnya.

Menurut Sudirman dia dimaklumkan mengenai kejadian daripada rakannya dan bergegas menjemput isteri di rumah untuk ke pusat perubatan kem.

“Selepas mengaji, anak selalunya bermain dengan kawan dari kawasan perumahan sama. Dua rakan yang turut lemas tak asing buat kami sekeluarga. Mereka sering ke masjid bersama-sama dan datang beraya di rumah,” katanya menambah jenazah Aiman Syafiq akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Badak, Bachok, Kelantan. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related