Dua suspek samun guna alat pemadam api diburu

Video perbuatan dua lelaki yang memakai ‘hoodie’ berwarna hitam itu tular sejak semalam

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan dua lelaki yang menggunakan alat pemadam api ketika menyamun sebuah kedai serbaneka di Guar Chempedak, dekat Yan, Kedah pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian berlaku pada jam 7.25 malam ketika dua jurujual wanita berada di dalam kedai terbabit.

Katanya, akibat kejadian itu, pemilik kedai mengalami kerugian sebanyak RM2,800 selepas mesin tunai dilarikan dua suspek yang memakai ‘hoodie’ berwana hitam.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Dalam rakaman tersebut, kedua-dua suspek dilihat meluru masuk ke dalam premis dengan salah seorang daripada mereka menyembur dua jurujual wanita di kedai berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi suspek dirakam melarikan sejumlah wang tunai dari mesin wang di kaunter bayaran. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related