Anggota polis ditahan bantu siasatan kes rogol remaja

Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan

1:57 PM MYT

 

IPOH – Seorang anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan empat.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota berpangkat sarjan itu direman hingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Jabatan Integriti dan Permatuhan Standard akan mengambil tindakan dalaman daripada pihak jabatan kepada anggota yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) anjuran Lions Club of Ipoh di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pelajar berumur 16 tahun itu mendakwa kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah pada Julai dan Oktober tahun lepas. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related