Beberapa kawasan di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air lagi, 120,000 penduduk terlibat esok

Ketua Menteri memberi jaminan bekalan dapat dipulihkan secara berperingkat dalam tempoh 24 hingga 48 jam sebaik sahaja kerja penyambungan paip selesai

4:41 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Kerja-kerja penyambungan dua paip lencongan 600 milimeter (mm) merentasi Sungai Perai yang bermula malam esok akan mengambil masa selama 16 jam dan dijangka siap pada pukul 2 petang Rabu ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pelaksanaan tugas itu akan menyebabkan kira-kira 120,000 pengguna di sebahagian kawasan Daerah Timur Laut dan Barat Daya mengalami gangguan air berjadual, namun beliau memberi jaminan bekalan dapat dipulihkan semula secara berperingkat dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Kita harap kerja-kerja ini disempurnakan dalam tempoh 16 jam atau lebih cepat, dan yang penting paip itu berfungsi kerana ia membabitkan lencongan dari paip asal 1,350mm kepada dua paip yang lebih kecil (600mm),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan projek naik taraf Linear Garden di Padang Kota, di sini, hari ini.

Secara keseluruhan 120,000 pengguna di kawasan Barat Daya yang terlibat dengan gangguan air susulan kebocoran besar pada saluran paip 1,350mm di dasar sungai Sungai Perai pada Selasa lalu, sudah mendapat semula bekalan pagi ini. – Gambar Facebook Chow Kon Yeow , 29 Januari, 2024

Chow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, keseluruhan 120,000 pengguna di kawasan Barat Daya yang terlibat dengan gangguan air susulan kebocoran besar pada saluran paip 1,350mm di dasar sungai Sungai Perai pada Selasa lepas, sudah mendapat semula bekalan pagi ini.

Semalam PBAPP dalam kenyataan memberitahu, kerja pengalihan dan sambungan paip 600mm merentasi Sungai Perai yang sepatutnya dimulakan hari ini ditangguhkan kepada 11.30 malam Selasa, selepas mengambil kira permintaan pengguna di kawasan terlibat yang mahukan ‘tempoh henti’ lebih lama sebelum pelaksanaan Pelan B itu.

Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai pada Selasa lepas adalah kali ketiga selepas insiden pada Disember dan Januari lepas.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai, yang berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan, sementara menunggu penggantian paip kekal di dasar sungai itu siap. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related