6 lagi wanita ditahan bantu siasatan kes ‘Hot Daddy’

Siasatan mendapati kesemua wanita melakukan hubungan seks secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan

8:33 PM MYT

 

KLANG – Polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mempromosi video seks melibatkan lebih 20 wanita, melalui media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu, diberkas pada minggu lepas menerusi fasa kedua Op Daddy.

“Siasatan mendapati kesemua wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan. Kesemua mereka telah direman bagi membantu siasatan, bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam penghasilan video seks,” katanya pada sidang akhbar selepas program Dialog Awam bersamanya di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily turut mengingatkan orang awam bahawa, tindakan undang-undang boleh diambil kepada mana-mana individu yang menyimpan bahan-bahan pornografi di dalam gajet termasuk telefon bimbit, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Pada Jumaat lepas, seorang lelaki dan dua rakan wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Pintas Mega di seluruh negara, beliau berkata, hasil 42 serbuan dengan kerjasama oleh 14 kontinjen polis bersama Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor, seramai 285 warga asing telah ditahan.

“Seramai 64 mangsa telah diselamatkan dengan empat daripadanya Orang Kurang Upaya di bawah Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).

“Ini melibatkan secara pecahannya 22 wanita, lelaki (12), kanak-kanak perempuan (20) dan 10 kanak-kanak lelaki yang terdiri daripada pelbagai warga termasuk Filipina, Indonesia, Bangladesh, Kemboja dan Myanmar,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 dan 14 Akta ATIPSOM 2007 selain Seksyen 55B, Seksyen 15 (1) (C) dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related