KUALA LUMPUR – Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia pada 2023 naik tiga anak tangga, membawa negara ke kedudukan ke-57 daripada keseluruhan 180 negara.
Malaysia juga mendapat 50 daripada 100 mata.
CPI menyenaraikan 180 negara mengikut tahap persepsi rasuah sektor awam mereka, yang ditentukan mengikut skala 0 (tinggi rasuah) hingga 100 (amat bersih).
Malaysia berada di kedudukan 53 pada 2019, jatuh kepada 51 pada 2020 dan 48 (2021).
Menurut Transparency International (TI), Malaysia kekal di atas purata dalam kalangan negara Asean “dengan pilihan raya yang mantap bersama suruhanjaya anti rasuah yang menangani kes berprofil tinggi sejak sedekad lalu”.
Selain itu, Singapura mendapat 83 mata dan menduduki tangga kelima dalam CPI, Indonesia dan Filipina mendapat 34 mata dan berada di tangga ke-115, manakala Vietnam mendapat 41 mata dengan kedudukan ke-83. Thailand mendapat 35 mata dan berada di kedudukan ke-108.
Empat negara teratas yang lain ialah Denmark (90 mata), Finland (87 mata), New Zealand (85 mata) dan Norway (84 mata). – 30 Januari, 2024