Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1706604213:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 230
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 162440
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:106:"Ia susulan laporan sebuah portal berita yang memetik sumber sebagai berkata Najib sudah diampunkan semalam";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Fahmi Fadzil
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menasihatkan media supaya menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung keputusan petisyen
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750684781";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:14;i:1;i:13;i:2;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750684781
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Pengampunan Najib: Tunggu kenyataan rasmi, bukannya lapor berdasarkan sumber: Fahmi | Scoop

Pengampunan Najib: Tunggu kenyataan rasmi, bukannya lapor berdasarkan sumber: Fahmi

Ia susulan laporan sebuah portal berita yang memetik sumber sebagai berkata Najib sudah diampunkan semalam

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menasihatkan media supaya menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung keputusan petisyen pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Media harus menunggu kenyataan daripada Lembaga Pengampunan, dan bukannya melaporkan perkara itu berdasarkan sumber,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sebuah portal berita mendakwa Najib sudah diampunkan semalam.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengesahkan Lembaga Pengampunan telah mengadakan mesyuarat, semalam.

Menurutnya, mesyuarat diadakan di Istana Negara di sini.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan.

“Tunggu kenyataan rasmi (Lembaga Pengampunan),” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan Lembaga Pengampunan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan antara agenda mesyuarat terbabit adalah mengenai hukuman penjara yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Difahamkan mesyuarat berkenaan menjadi mesyuarat rasmi terakhir bagi Al-Sultan Abdullah sebelum pemerintahan baginda berakhir hari ini dan kembali sebagai Sultan Pahang.

Desas-desus mengenai pengampunan Najib dibincangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada 10 Januari lalu, pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri yang diketuai oleh peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan dakwaan sebuah portal berita bahawa Lembaga Pengampunan akan memutuskan permohonannya untuk pengampunan diraja pada akhir bulan ini.

Beliau berkata, mereka tidak menerima sebarang kemas kini mengenai permohonan mereka setakat Disember lalu.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Ogos 2022 lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Najib juga diarah menjalani hukuman penjara pada hari sama hakim membuat keputusan tersebut, sekali gus menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia pertama dipenjarakan.

Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.

Dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes. – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

Related