Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1706694146:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Razali sebelum ini dilaporkan mencabar Suhaili untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Labuan kerana parti Bersatu, katanya tidak mahukan Suhaili lagi";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Bersatu
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Datuk Suhaili Abdul Rahman menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Labuan meskipun dicabar berbuat demikian
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 216
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749682777";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:1;i:2;i:22;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749682777
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 162837
        )

)
Tak gentar dicabar Bersatu, Suhaili enggan lepas jawatan Ahli Parlimen Labuan | Scoop

Tak gentar dicabar Bersatu, Suhaili enggan lepas jawatan Ahli Parlimen Labuan

Razali sebelum ini dilaporkan mencabar Suhaili untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Labuan kerana parti Bersatu, katanya tidak mahukan Suhaili lagi

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Suhaili Abdul Rahman menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Labuan meskipun dicabar berbuat demikian oleh Ketua Penerangan parti Bersatu, Datuk Razali Idris baru-baru ini.

Tegasnya, kesetiaan kepada Bersatu tidak akan tergugat walaupun selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada sebab untuk saya letak jawatan. Apa yang diperkatakan Razali ini seolah-olah tidak berfikir secara waras.

“Rasanya saya sudah jelaskan berpuluh kali, saya sokong Perdana Menteri kerana mahukan peruntukan untuk rakyat di kawasan tetapi pada masa sama saya tetap kekal setia sebagai ahli parti,” katanya kepada Scoop hari ini.

Razali sebelum ini dilaporkan mencabar Suhaili untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Labuan kerana parti Bersatu, katanya tidak mahukan Suhaili lagi.

Menurut Razali, pihaknya juga kini dalam proses untuk merealisasikan pindaan perlembagaan Bersatu, yang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang khianat selepas menyokong pentadbiran kerajaan.

Ia susulan pengumuman daripada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 29 Januari lalu yang memaklumkan akan meminda perlembagaan parti dalam masa terdekat menerusi Perhimpunan Agung Khas.

Pindaan itu bagi memastikan ahli parti yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan perlu mengosongkan kerusi Parlimen disandang, sekali gus membolehkan PRK diadakan.

Semalam, Suhaili yang telah digantung keahlian selama enam tahun oleh Bersatu telah mencabar parti berkenaan untuk memecat semua Ahli Parlimennya yang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Selain Suhaili, lima Ahli Parlimen lain adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). – 31 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related