Budak 5 tahun maut tertinggal di dalam kereta milik ibu

Insiden itu disedari ibunya yang juga petugas di Hospital Shah Alam selepas dihubungi suaminya pada jam 6 petang

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut di dalam kereta ibunya yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang pegawai perubatan di hospital terbabit kira-kira jam 8.01 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia selepas diambil dari sebuah taska berdekatan sekitar jam 2 petang.

“Ketika ditinggalkan, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu mangsa berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital itu hanya menyedari insiden terbabit selepas dihubungi suaminya pada jam 6 petang.

“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan, Hospital Shah Alam, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, bedah siasat sudah dilakukan pada jam 2 petang semalam dan punca kematian masih menunggu siasatan makmal.

“Hasil pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman ditemukan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika mengambil anak-anak pulang dari sekolah atau taska, terutama yang masih kecil bagi mengelak insiden seperti ini berulang lagi.

“Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini, boleh menghubungi Inspektor Syer Aidid melalui talian 013-6544996,” katanya. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related