Jangan sesekali benarkan artis pro LGBT anjur konsert di Malaysia: PAS

Tindakan itu turut mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang semakin hampir

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menyifatkan tindakan membenarkan penganjuran konsert seorang artis pro lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Susulan itu, Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya menggesa kerajaan membatalkan konsert tersebut dengan menegaskan artis Barat yang mendukung kumpulan LGBT tidak sesekali dibenarkan untuk membuat persembahan di dalam negara.

“Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) seharusnya meletakkan syarat yang lebih ketat bagi memastikan tiada unsur LGBT meresap masuk ke dalam negara daripada artis luar negara.

“Apakah kita masih belum sedar dengan tragedi menjijikkan oleh sebuah kumpulan pro-LGBT The 1975 yang telah melakukan adegan kurang sopan di hadapan ribuan penonton selain menghina pendirian negara menolak ideologi berkenaan?

“Di mana maruah negara ketika mereka menghina pendirian kita menolak fahaman songsang mereka?” soalnya dalam kenyataaan, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad turut menasihatkan penganjur seharusnya menerima teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang meminta konsert dibatalkan, bukannya berdolak-dalik dengan alasan tidak munasabah.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan konsert penyanyi British, Ed Sheeran yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 24 Februari ini akan tetap diteruskan biarpun mendapat bantahan daripada beberapa pihak.

Menurutnya, beliau telah merujuk mengenai perkara tersebut kepada Puspal termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merupakan antara 16 agensi terlibat dalam perbincangan untuk meluluskan permohonan persembahan artis luar negara.

Kali terakhir penyanyi yang popular dengan lagu Perfect dan Shape Of You itu berkunjung ke Malaysia adalah pada 2019 menerusi konsert Divide World Tour. – 1 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related