Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Beliau berkata, sebenarnya tiada isu yang timbul dalam konteks pentadbiran Anwar, justeru perkara ‘buruk’ dibangkitkan pembangkang dianggap sebagai satu daripada strategi politik dan perang psikologi

12:00 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, dalam situasi itu, pihak terbabit juga sepatutnya mengambil tanggungjawab moral untuk menjadi pembangkang yang baik dan membuktikan keupayaan mereka sewajarnya demi kebaikan Malaysia.

“Tak ada masalah untuk (pembangkang) bermain politik, serangan politik itu kita (kerajaan) terima, kita boleh dengar teguran dan kritik.

“Tapi bila dijadikan ia sebagai tohmahan, fitnah tak berasas, saya rasa ini tindakan tak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemu bual Scoop, baru-baru ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan atau isu sering dicetuskan pembangkang, termasuk mengenai dakwaan wujud langkah memburukkan imej kerajaan supaya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘runtuh’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu berkata, tiada isu yang timbul dalam konteks pentadbiran Anwar, justeru perkara ‘buruk’ dibangkitkan pembangkang dianggap sebagai satu daripada strategi politik dan perang psikologi.

Ketika ditemubual Scoop baru-baru ini, Adun Kota Anggerik itu berkata, tiada isu timbul dalam konteks pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, justeru perkara ‘buruk’ dibangkitkan pembangkang hanyalah strategi politik dan perang psikologi. – Alif Omar/Scoop, 2 Februari, 2024

Katanya, tindakan pembangkang itu adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada tidak stabil, tidak boleh melaksanakan tugas diamanahkan serta tidak boleh memerintah dengan baik.

“Dalam konteks sekarang, bila pembangkang hampir setiap bulan, setiap hari bercakap mengenai menukar kerajaan, bagi saya lah secara peribadi, ini tidak lebih sebagai salah satu perang psikologi dan tindakan politik mereka untuk menunjukkan pentadbiran sekarang ini tidak stabil, bahkan nak mengatakan bahawa pentadbiran ini tak buat apa-apa.

“Sedangkan fakta dan realitinya kerajaan Persekutuan sekarang ini paling stabil sejak 2004, kerajaan Pusat akhir sebelum ini yang ada mandat 2/3 adalah pada 2004 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan selepas 20 tahun, baru ada kerajaan yang dapat 2/3 majoriti seperti kerajaan sekarang.

“Daripada segi legimitasi dan keabsahan tak timbul isu kerajaan ini tidak mendapat sokongan majoriti, bahkan Perdana Menteri kita pun dah buktikan sokongan itu di Parlimen yang mana, tak pernah dibuat dua Perdana Menteri sebelum ini untuk buktikan sokongan mereka,” katanya.

Justeru, Najwan menggesa mana-mana pihak berkaitan, termasuk pembangkang supaya menghentikan budaya memburukkan dan melemparkan tohmahan tidak berasas kepada kepimpinan kerajaan pimpinan Anwar.

Kata Mohd Najwan, daripada segi legimitasi dan keabsahan tidak timbul isu Kerajaan Perpaduan tidak mendapat sokongan majoriti, bahkan Perdana Menteri pun sudah buktikan sokongan tersebut di Parlimen. – Gambar Scoop, 2 Februari, 2024

Menurutnya, sekiranya gagal dihentikan, ia akan mewujudkan impak negatif kepada masyarakat apabila mereka mendapat maklumat tidak betul dan mempercayainya.

Keadaan itu juga, katanya, akan mewujudkan suasana ketidaktenteraman sehingga di peringkat bawah.

“Proses demokrasi ini kita kena hormatlah atau kalau tidak, kita akan jadi macam penggal lepas di mana bila berlaku perubahan kerajaan sebanyak tiga kali dalam satu penggal, ia menyebabkan wujud ketidakstabilan dan orang nak kerja pun susah, tambahan masa tu kita berdepan dengan pandemik (Covid-19).

“Kita sebagai rakyat kita nampak dan rasa kesan apabila kerajaan itu tidak stabil, kita tak boleh buat banyak, ekonomi kita teruk, pelaburan tak nak masuk, peluang pekerjaan pun terhad, sistem pendidikan kita pun masa tu agak bercelaru,” katanya.

Mengulas lanjut, Najwan berkata, Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar mempunyai hala tuju kepimpinan adil dan mahukan pendekatan atau hasil benar-benar memanfaatkan rakyat, termasuk mencari titik tengah dalam perbincangan antara gabungan kerajaan untuk memastikan usaha dilakukan adalah terbaik untuk negara.

Ujarnya, walaupun baru menerajui negara dalam tempoh kira-kira setahun, Kerajaan Perpaduan memiliki rekod pemerintahan baik, termasuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara meningkat dan bertambah baik, pelaburan mula masuk, kadar pengangguran semakin menurun, statistik kemiskinan menunjukkan penurunan.

Rekod baik itu, katanya, menunjukkan usaha dilaksanakan kerajaan sudah menampakkan hasil untuk rakyat meskipun dalam tempoh pentadbiran yang masih singkat.

“Kita kena fair (adil) lah, setahun ini kita tak boleh nampak hasil yang banyak sangat tapi ada positifnya, mungkin dalam tempoh dua, tiga tahun lagi kita akan nampak hasil lebih banyak.

“Saya nampak usaha Perdana Menteri untuk tangani rasuah ini dah semakin menampakkan hasil, maksudnya sekarang ini bukan hanya pekerja rendah yang ambil rasuah didakwa, tapi untuk bigger shark (jerung besar) pun kena juga.

“Jadi saya rasa ini penting juga kalau negara kita tak maintain (mengekalkan) integriti dan ketelusan daripada segi governance (tadbir urus) yang baik, ia akan jadi lebih teruk daripada sebelum ini,” katanya. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related