Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1706797637:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 247
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 163302
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:125:"Baginda juga berharap kedua-dua negara bekerjasama bagi menangani perubahan iklim dan mempertingkat kelestarian alam sekitar.";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Raja Charles III
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752477977";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751956627";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752477977
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Raja Charles, Ratu Camilla zahir tahniah pelantikan Sultan Ibrahim, harap hubungan negara terus kukuh | Scoop

Raja Charles, Ratu Camilla zahir tahniah pelantikan Sultan Ibrahim, harap hubungan negara terus kukuh

Baginda juga berharap kedua-dua negara bekerjasama bagi menangani perubahan iklim dan mempertingkat kelestarian alam sekitar.

10:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Raja United Kingdom (UK), Raja Charles III dan Permaisuri negara itu, Ratu Camilla menzahirkan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena pengisytiharan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bermula semalam.

Ucapan itu dizahirkan baginda menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

“Beta dan Ratu beta menzahirkan ucapan tahniah sempena Tuanku memulakan pemerintahan (sebagai Yang di-Pertuan Agong) di Malaysia,” titah baginda.

Malah, Raja Charles berbesar hati untuk mengadakan kerjasama dengan Sultan Ibrahim bagi memastikan agar hubungan antara Malaysia dan UK kekal utuh.

“Beta harap dapat bekerja bersama dengan Tuanku dalam isu yang membawa kepentingan besar kepada kedua-dua negara dan seluruh dunia.

“Beta juga meletak harapan untuk kita (kedua-dua negara) terus menjalin kerjasama bagi menangani perubahan iklim dan mempertingkat kelestarian alam sekitar.

“Ini adalah isu global penting yang akan memberi kesan kepada kehidupan kita pada masa akan depan,” titahnya.

Menerusi ucapan sama, Raja Charles turut berkongsi kenangan indah baginda ke Malaysia pada 2017.

Baginda turut berharap mendapat peluang sama untuk meraikan hubungan rapat antara Malaysia dan UK yang menyatupadukan kedua-dua negara, selain mahu mengulanginya pada masa depan untuk meraikan hubungan rapat kedua-duanya.

Semalam, Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara semalam.

Baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara pada Oktober lalu, bagi tempoh lima tahun.

Sultan Ibrahi mengambil alih pemerintahan sebagai Ketua Negara itu daripada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Al-Sultan menamatkan tempoh lima tahun pentadbirannya di atas takhta berkenaan kelmarin, iaitu sejak dilantik pada 31 Januari 2019. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Raub MP arrested for obstructing civil servants felling durian trees: Pahang police

Besides the DAP lawmaker, head of the Save Musang King Alliance farmers group, Wilson Chang, also arrested

[WATCH] Higher sin tax on cigarettes long overdue, timely move for Budget 2025: Bersatu MP

Benefits are a healthier nation and more revenue for government to improve people’s welfare, said Tasek Gelugor MP Datuk Wan Saiful Wan Jan

Related