Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1706893435:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-120151
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-120151
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:127:"Pakar undang-undang juga menegaskan bahawa pengampunan itu tidak akan memberikan kesan kepada kes Najib yang sedang dibicarakan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 322
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 163677
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Najib Razak
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pengurangan hukuman penjara dan denda ke atas Datuk Seri Najib Razak tidak sama dengan pembebasan, kerana sabitan bersalah masih dikekalkan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749493006";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749751293";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749751293
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Agong ada ‘hak mutlak’ tentukan pengampunan, kata Hamid Sultan | Scoop

Agong ada ‘hak mutlak’ tentukan pengampunan, kata Hamid Sultan

Pakar undang-undang juga menegaskan bahawa pengampunan itu tidak akan memberikan kesan kepada kes Najib yang sedang dibicarakan

12:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengurangan hukuman penjara dan denda ke atas Datuk Seri Najib Razak tidak sama dengan pembebasan, kerana sabitan bersalah masih dikekalkan, kata pakar undang-undang.

Pengamal undang-undang dan pakar akademik juga menegaskan bahawa nama bekas Perdana Menteri itu tidak digugurkan daripada tuduhan rasuah sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer memaklumkan kepada Scoop bahawa kuasa untuk memberikan pengampunan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan, sambil menambah bahawa ia adalah berasingan daripada keputusan mahkamah untuk mensabitkan Najib.

“Terdapat penghakiman berbeza yang memihak kepada Najib. Perlembagaan tidak melarang beliau daripada membuat permohonan pengampunan, tetapi kebiasaannya ia mestilah dengan alasan baru atau faktor mitigasi.

“Akhirnya, ia adalah hak mutlak Agong untuk membuat keputusan. Justeru dalam membuat permohonan pengampunan, seseorang boleh bergantung kepada apa-apa alasan untuk meyakinkan Agong,’’ katanya.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer berkata, kuasa untuk memberikan pengampunan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan. – Gambar Bernama, 3 Februari, 2024

Dalam pada itu, pakar perlembagaan, Datuk Shad Saleem Faruqi berkata, pengampunan yang diberikan kepada Najib oleh Lembaga Pengampunan tidak menjejaskan keputusan mahkamah dalam apa cara sekali pun.

“Pengampunan tidak, dalam apa cara, bermaksud bahawa mahkamah adalah salah. Terdapat banyak pertimbangan yang diambil oleh Lembaga Pengampunan dan Agong untuk memutuskan mengenai petisyen pengampunan.

“Bagaimanapun, ia hanya berkaitan dengan faktor undang-undang. Kita mempunyai undang-undang melibatkan pengampunan sepanjang masa, jadi keputusan ini tidak mencerminkan penghakiman mahkamah.

“Keputusan Lembaga Pengampunan ke atas petisyen Najib, tidak, dalam apa cara sekali pun, menafikan sistem keadilan. Hakim telah membuat keputusan mereka, dan ia adalah adalah kekal. Pengampunan adalah pelaksanaan belas kasihan, bukan melaksanakan undang-undang.

“Namun sudah tentu, ia akan memberikan implikasi kepada pendapat umum; orang ramai akan mempersoalkan bagaimana golongan kaya dan berkuasa mendapat layanan lebih baik,’’ kata Shad.

Pakar perlembagaan, Datuk Shad Saleem Faruqi berkata, pengampunan yang diberikan kepada Najib oleh Lembaga Pengampunan tidak menjejaskan keputusan mahkamah dalam apa cara sekali pun. – Gambar Media Sosial, 3 Februari, 2024

Dalam pada itu, peguam Datuk Seri Jahaberdeen M. Yunoos berkata, pengurangan hukuman yang diberikan kepada Najib tidak akan memberikan kesan kepada kes-kes mahkamahnya yang sedang berjalan, kerana setiap kes akan diadili berdasarkan bukti khusus.

“Pengampunan adalah berdasarkan kes demi kes. Ia hanya memberikan kesan kepada hukuman terhadap kes yang dipohon untuk pengampunan.

“Bagi yang dibicarakan itu, keputusan bersalah telah dibuat dan hukuman telah dijatuhkan, mengikut prinsip kehakiman.’’

Najib, yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan, didapati bersalah atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai, 2020.

Beliau telah dihukum penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

Berikutan itu, Najib telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut dan sabitan kes di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Kedua-dua mahkamah tertinggi itu menolak rayuannya masing-masing pada 8 Disember, 2021 dan 23 Ogos, 2022.

Ini menyebabkan Najib dihantar ke penjara sebaik sahaja rayuan terakhirnya itu ditolak oleh mahkamah.

Najib kemudian memfailkan petisyen pada 2 September, tahun yang sama, memohon pengampunan Diraja. Pada 31 Mac, tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan mahkamah rendah terhadapnya.

Peguam Datuk Seri Jahaberdeen M. Yunoos berkata, pengurangan hukuman yang diberikan kepada Najib tidak akan memberikan kesan kepada kes-kes mahkamahnya yang sedang berjalan, kerana setiap kes akan diadili berdasarkan bukti khusus. – Gambar Bernama, 3 Februari, 2024

Terdahulu, Urusetia Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan Najib diberikan pengurangan hukuman dan denda.

Hukuman penjara ke atas Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda juga dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta.

Bagaimanapun, jika Najib gagal membayar denda RM50 juta, tempoh penjara akan ditambah selama setahun.

Selain didapati bersalah menyeleweng dana SRC International, Najib masih menjalani proses perbicaraan melibatkan satu lagi kes rasuah membabitkan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau turut menghantar surat representasi kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), memohon untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan kes penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International sebanyak RM27 juta.

Perbicaraan untuk kes keempatnya, melibatkan pecah amanah sebanyak RM6.64 bilion harta kerajaan, ditetapkan pada Jun tahun ini.

Bagaimanapun, Najib telah dilepas dan dibebaskan dalam tuduhan jenayah kelima melibatkan tuduhan meminda laporan audit 1MDB. – 3 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related