Pendatang tanpa izin lolos, 41 berjaya ditahan setakat pagi ini: KP Perak

Kesemua 41 tahanan yang merupakan etnik Rohingya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tapah untuk tindakan lanjut

12:22 PM MYT

 

IPOH – Dua lagi pendatang tanpa izin yang melarikan dari Depot Sementara Imigresen Bidor dekat sini, pada Khamis lepas berjaya ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 41 orang setakat 7 pagi ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu berkata dua tangkapan terbaharu itu dibuat pada awal pagi ini.

Katanya kesemua 41 tahanan yang merupakan etnik Rohingya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tapah untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada 9.50 malam 1 Februari lepas, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri  dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related