Klang bukan Colombia, kadar jenayah di Gombak, Kajang, PJ lagi tinggi: Ketua Polis Negara

Perbincangan bersama Pengarah JSJ diadakan dalam usaha menurunkan kadar jenayah di Klang

2:19 PM MYT

 

KLANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain membidas laporan menyamakan Klang seperti bandar Colombia, dengan konotasi sebagai ‘lubuk’ kepada jenayah kekerasan.

Malah beliau menegaskan, Klang adalah Bandar Diraja dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memastikannya bersih supaya stigma dan persepsi seperti Colombia dapat dihilangkan.

“Klang bukan Colombia, ia adalah Bandar Diraja.

“Kalau kita bandingkan Klang ini, kita ambil Klang Selatan dan Klang Utara, kalau kita bandingkan (jumlah kes) jenayahnya, Gombak lagi tinggi, Kajang, PJ (Petaling Jaya) lagi tinggi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan walkabout sekitar Pasar Pandamaran di sini hari ini.

Walkabout itu turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Razarudin berkata, perbincangan telah diadakan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam usaha menurunkan kadar jenayah di sini.

“Sebab itu kita datang ke sini (Klang), buat pencegahan, tangkapan, operasi, semua kita buat di sini, untuk membersihkan Klang.

“Persepsi itu (Klang seperti Colombia) diwujudkan oleh beberapa portal bermula daripada kes ejen hartanah disamun sebelum ini,” katanya.

Pada tahun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Majlis Perbandaran Klang menepati kriteria untuk dinaik taraf daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya.

Beliau berkata, ini akan menjadikan Selangor mempunyai sebanyak empat Majlis Bandaraya yang bermula dari Petaling Jaya, ke Subang Jaya dan Shah Alam dan kemudian ke Klang.

Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri kemudiannya bersetuju dan meluluskan cadangan naik taraf Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada status bandar raya. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Related