PM ucap takziah kepada keluarga presiden, rakyat Namibia

Pemergian Geingob satu kehilangan besar buat Namibia, dan beliau akan sentiasa diingati kerana kepimpinannya yang cemerlang

11:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Presiden Namibia, Hage Geingob yang meninggal dunia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berdukacita dengan pemergian Geingob.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati kepada Wanita Pertama Madame Monica Geingos serta keluarga mendiang yang sedang berduka, begitu juga dengan kerajaan dan rakyat Namibia,” kata Anwar dalam hantaran di laman media sosial beliau hari ini.

Beliau turut menyifatkan pemergian Geingob sebagai satu kehilangan besar buat Namibia dan berkata, mendiang akan sentiasa diingati kerana kepimpinannya yang cemerlang.

“Dedikasi dan komitmen beliau telah menyaksikan kemajuan serta pembangunan di Namibia,” kata Perdana Menteri.

Geingob, 82, meninggal dunia di hospital hari ini, beberapa minggu selepas dia disahkan menghidap kanser. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Related