‘PH dan PKR berpegang pada prinsip’ jawapan kepada siasatan hasutan Tony Pua

Fahmi mengulas kenyataan bekas naib presiden PKR, N. Surendran, yang mendakwa PH dan PKR agak senyap berbanding ketika menjadi pembangkang sebelum ini

4:37 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) dan PKR berpegang kepada prinsip, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di tengah-tengah kritikan berhubung dakwaan parti berkenaan berdiam diri susulan siasatan hasutan ke atas Tony Pua.

“Saya mengambil maklum pandangan (N Surendram). Dalam PKR dan PH, kita berpegang kepada prinsip. Pada masa sama, kita ada disiplin parti …yang mana ia penting,’’ katanya pada sidang media di kementeriannya selepas mesyuarat minggu Kabinet hari ini.

Fahmi mengulas kenyataan bekas naib presiden PKR, N. Surendran, yang mendakwa PH dan PKR agak senyap berbanding ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

Selain itu, Ong Kian Ming turut mempertahankan Pua, dengan mendesak pemimpin PH supaya tidak lupa kepada sumbangan beliau dalam membongkarkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bagaimana ia dikaitkan dengan Najib.

Pada Isnin, Pua, yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara, telah dipanggil bagi memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes hasutan berhubung hantarannya di Facebook melibatkan pengurangan hukuman Najib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini berkata polis akan melengkapkan siasatan ke atas Pua berhubung kenyataannya di dalam media sosial yang berbaur hinaan, dalam masa tujuh hari sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara.

Beliau sebelum ini memaklumkan Pua didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia susulan kenyataan Pua di dalam media sosial yang berbunyi “Trust me. It’s not a scam”, “Oh wow, after all these years, NAJIB/UMNO cybertrooper still love me”, “I beg your pardon?”, “Can someone send me to jail and for 1 year and in exchange, pay me RM50 mil?, pretty please?” dan “King Klep pardoned!!” – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related