Selepas 3 dekad kematian ‘SuperMokh’, balu Allahyarham Mokhtar Dahari terus terima pencen penakat

Jumlah bayaran Pencen Penakat yang disalurkan sejak 1992 sehingga kini telah mencecah RM272,533.57

6:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas tiga dekad kematian legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, balunya, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, 68, terus menerima faedah bulanan daripada pencen penakat berjumlah RM708.20.

Menurut Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, jumlah bayaran Pencen Penakat yang disalurkan sejak 1992 sehingga kini telah mencecah RM272,533.57.

Jelasnya, Mokhtar yang juga dikenali sebagai SuperMokh merupakan pencarum Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan telah mencarum dari 1974 sehingga 1990.

Tambahnya, Tengku Zarina dan tiga anaknya telah diterima sebagai orang tanggungan pada ketika itu dengan bayaran pertama diluluskan pada 19 Jun 1992.

“Pencen ini akan disalurkan sepanjang hayat kepada balu Allahyarham dan ketika ini hanya beliau sahaja yang menerimanya kerana tiga lagi anak mereka telah mencapai usia 21 tahun,’’ katanya ketika mengunjungi Tengku Zarina di kediamannya di Taman Sri Keramat, di sini hari ini.

Turut hadir adalah pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal.

Kunjungan berkenaan adalah sebagai menyantuni waris Allahyarham Mokhtar, yang telah menerima pencen penakat itu selepas 33 tahun kematian beliau.

Allahyarham Mokhtar meninggal dunia pada usia 37 tahun pada 11 Julai 1991 akibat serangan saraf Motor Neuron Diseaseas (MND).

MND adalah penyakit yang menjejaskan otak dan saraf serta menjadi lebih teruk dari masa ke semasa.
Tiada ubat untuk MND, tetapi terdapat rawatan untuk membantu mengurangkan kesannya terhadap kehidupan seharian. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related