Individu jual, promosi produk ‘energy stick’ boleh didenda, dihukum penjara

Produk tersebut bukan keluaran berdaftar dan perlu berdaftar dengan PBKD seperti peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produk penyedut hidung atau dikenali sebagai ‘energy stick’ yang dijual di negara ini bukannya keluaran berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan (KKM) dan mereka yang menjualnya boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Malah, bagi syarikat yang melakukan kesalahan sama boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Produk tersebut bukan keluaran berdaftar dan perlu berdaftar dengan PBKD seperti peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas penjual yang dikesan menjual produk tersebut.

“Hasil saringan awal di platform e-dagang (e-marketplace) pihak KKM turut mengesan terdapat pengiklanan dan penjualan produk tersebut oleh penjual tempatan dan luar negara.

“KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya iaitu memastikan iklan-iklan produk tersebut diturunkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengguna perlu memastikan produk kesihatan yang dijual mempunyai pelekat hologram dan Nombor Pendaftaran Produk (MAL) sebelum membeli produk tersebut.

Katanya, status pendaftaran produk boleh disemak dengan melayari laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan ‘Product Status’ atau dengan menghubungi terus Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1-800-88-6722.

Selain itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi tujuan semakan tersebut.

“KKM turut komited dalam melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam melalui pemantauan secara berterusan. Orang ramai turut digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat mengenai penjualan produk-produk tidak berdaftar kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM melalui laman sesawang https://www.pharmacy.gov.my.

“Maklumat juga boleh disalurkan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk seperti ini di pasaran,” katanya. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related