Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707541598:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 166202
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:80:"Beliau berkata, pandangan Umno mesti dihormati rakan dalam kerajaan termasuk DAP";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Kampung Baru Cina
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berhubung cadangan itu, Umno memberikan pendirian tersendiri dan sebagai rakan dalam kerajaan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 297
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752243975";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752243975
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Tiada keperluan jadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia, hubungan Umno-DAP tak terjejas: Tok Mat | Scoop

Tiada keperluan jadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia, hubungan Umno-DAP tak terjejas: Tok Mat

Beliau berkata, pandangan Umno mesti dihormati rakan dalam kerajaan termasuk DAP

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hubungan Umno dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan tidak terjejas biarpun parti itu menolak cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berhubung cadangan itu, Umno memberikan pendirian tersendiri dan sebagai rakan dalam kerajaan, ia mesti dihormati oleh rakan parti lain termasuk DAP sendiri.

Menurutnya, cadangan itu bukan satu usaha yang mudah kerana perlu dibawa ke meja rundingan untuk dilaksanakan termasuk ke Kabinet dan Parlimen.

“Ia perlu perundingan dan perlu dibawa ke Kabinet… dan jika perlu ia perlu dibawa ke peringkat Parlimen untuk dibahaskan.

“Umno merasakan tidak ada keperluan untuk mewujudkan Kampung Baru (Cina) sebagai satu tapak Unesco.

“Saya kira ini tidak akan menjejaskan hubungan. Tapi Umno memberikan pendirian, jadi sebagai rakan dalam parti (Kerajaan Perpaduan) kita mesti saling menghormati pandangan rakan-rakan dalam parti,” katanya kepada media selepas majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendirian Umno menolak cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun tujuannya untuk memperkasakan sektor pelancongan, tetapi parti itu berpandangan implikasi terhadap cadangan berkenaan terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu dan Bumiputera secara tidak langsung.

Sebelum ini, Kor Ming selaku menteri mewakili DAP dilaporkan berkata, cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan lebih terperinci dengan kerajaan Selangor.

Pada Jun tahun lalu, beliau juga mencalonkan tujuh kampung baru di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka dan Johor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Raub MP arrested for obstructing civil servants felling durian trees: Pahang police

Besides the DAP lawmaker, head of the Save Musang King Alliance farmers group, Wilson Chang, also arrested

[WATCH] Higher sin tax on cigarettes long overdue, timely move for Budget 2025: Bersatu MP

Benefits are a healthier nation and more revenue for government to improve people’s welfare, said Tasek Gelugor MP Datuk Wan Saiful Wan Jan

Related