Guru lantang kritik sistem pendidikan: Lihat dari sudut positif, bukan menghukum

Guru seperti Cikgu Fadli telah menggunakan saluran yang betul dalam memberikan teguran, namun hal itu tidak diambil kira pihak atasan

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) berpendapat sikap lantang sesetengah guru dalam mengkritik sistem pendidikan negara wajar dilihat dari sudut positif demi penambahbaikan dan tidak seharusnya mereka dihukum jika bertindak sedemikian.

Pengerusinya, Noor Azimah Abdul Rahim berkata, sudah menjadi norma dan kebiasaan apabila guru-guru ‘dipaksa’ menutup mulut daripada menyuarakan sebarang pendapat dan kritikan, di mana mereka dituntut untuk menurut sahaja segala arahan pihak pengurusan atasan.

“Nampaknya telah menjadi kebiasaan dan norma yang badan-badan dalam KPM (Kementerian Pendidikan) tidak boleh menerima kritikan walaupun pendapat itu adalah sesuatu yang positif demi menambah baik situasi.

Noor Azimah Abdul Rahim berkata, sudah menjadi norma dan kebiasaan apabila guru-guru ‘dipaksa’ menutup mulut daripada menyuarakan sebarang pendapat dan kritikan, di mana mereka dituntut untuk menurut sahaja segala arahan pihak pengurusan atasan – Gambar laman web KSI, 12 Februari, 2024

“Jika tidak golongan guru yang lebih prihatin dan tahu masalah pelajar di kelas dan sekolah, siapakah yang lebih arif untuk memberi teguran demi memanfaatkan pendidikan anak-anak kita?” soalnya ketika dihubungi Scoop.

Baru-baru ini, seorang guru Matematik popular, Mohamad Fadli Salleh yang mengambil keputusan bersara awal menggesa kerajaan supaya meminta akta dan peraturan di bawah KPM yang menyekat kebebasan guru untuk menyuarakan pandangan serta teguran terhadap kelemahan sistem pendidikan negara.

Dikenali sebagai Cikgu Fadli, dia mendakwa akta dan peraturan berkenaan menyebabkan beberapa pendidik yang dikategorikan cemerlang mula tawar hati untuk terus berkhidmat di bawah KPM.

Mengulas mengenai perkara itu, Noor Azimah berkata, guru seperti Cikgu Fadli telah pun menggunakan saluran yang betul dalam memberikan teguran, namun hal itu tidak diambil kira pihak atasan, sebaliknya mereka dipanggil gara-gara sikap lantang yang ditunjukkan kepada umum.

“Semestinya, guru seperti Cikgu Fadli ini telahpun menggunakan saluran yang betul tetapi tidak ada sebarang perubahan atau tindakan untuk penambahbaikan (untuk meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan).

Mohamad Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli mendakwa akta dan peraturan KPM menyebabkan beberapa pendidik yang dikategorikan cemerlang mula tawar hati untuk terus berkhidmat di bawah kementerian itu – Gambar Facebook Cikgu Fadli, 12 Februari, 2024

“Guru yang tidak berpuas hati seperti beliau kena terima dan akur perintah sahaja dari ketua-ketua mereka walaupun mereka ada idea dan jalan yang lebih baik untuk sesuatu rumusan. Jadi bagaimanakah perubahan yang baik akan berlaku?

“Pegawai-pegawai ‘little Napoleon’ (bersikap kuku besi) sebeginilah yang merosakkan pendidikan, kerana mementingkan kuasa dan tidak boleh terima teguran. Merekalah yang memburukkan KPM kerana mahu menyampaikan berita dan rekod baik sahaja. Sepatutnya tindakan tatatertib perlu dijatuhkan kepada ‘little Napoleon’ yang besar kepala sebegini,” katanya.

Terdahulu, Cikgu Fadli dilaporkan mengambil keputusan untuk bersara awal dan mengatakan dia sudah menyimpan niat untuk berbuat demikian sejak dua tahun lalu.

Pada 2022, Cikgu Fadli pernah dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan susulan pendedahan mengenai kelantangan beliau bersuara mengenai silibus pendidikan negara termasuk isu beg sekolah, namun didapati tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan oleh KPM. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related