Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707720318:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 193
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 166882
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:110:"Semasa kejadian, Miss Law berkata, dia berada di sebuah pusat beli-belah di Cheras bersama ibu dan dua anaknya";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Flat Sri Sabah
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Wanita itu yang menghuni kediaman terbabit bersama ibunya berkata, dia agak terkejut dengan kejadian menimpa rumah yang diduduki sejak lahir
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750691265";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:22;i:1;i:15;i:1;i:16;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750906363";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750906363
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_oembed_9d992ed8feb56e21204ffa89f01d02c2] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_oembed_time_9d992ed8feb56e21204ffa89f01d02c2] => Array
        (
            [0] => 1707720312
        )

)
‘Ada jiran beritahu ternampak percikan api pada kotak fius rumah saya’: Mangsa | Scoop

‘Ada jiran beritahu ternampak percikan api pada kotak fius rumah saya’: Mangsa

Semasa kejadian, Miss Law berkata, dia berada di sebuah pusat beli-belah di Cheras bersama ibu dan dua anaknya

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah seorang pemilik rumah di unit kediaman tingkat 17, Flat Sri Sabah di sini yang musnah dalam kebakaran semalam, mendakwa ada jiran terlihat percikan api dipercayai daripada rumahnya.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Law, 32, itu berkata, ketika kejadian, dia berada di sebuah pusat beli-belah di Cheras di sini sebelum menerima panggilan daripada sepupunya kira-kira jam 9.45 malam memaklumkan berkaitan kejadian terbabit.

“Ketika kejadian, saya dan ibu keluar bersama dua anak sebelum sepupu yang duduk di blok lain telefon beritahu rumah saya terbakar.

“Saya bergegas pulang, namun tidak dapat masuk. Ada jiran beritahu kebakaran bermula di rumah saya kerana dia ternampak percikan api pada kotak fius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Wanita itu yang menghuni kediaman terbabit bersama ibunya berkata, dia agak terkejut dengan kejadian menimpa rumah yang diduduki sejak lahir.

Menurut Miss Law, dia diberitahu kebakaran bermula dari rumahnya selepas jiran ternampak percikan api pada kotak fius. – Azim Rahman/Scoop, 12 Februari, 2024

“Saya dan ibu mengalami kerugian ribuan ringgit selain dokumen peribadi musnah dalam kebakaran ini.

“Kami kini sehelai sepinggang, duit ibu juga musnah terbakar. Sangat terkejut, berlaku pada hari raya (Tahun Baharu Cina) pula.

“Kami harapkan pihak kerajaan dapat menyediakan rumah baharu menggantikan (rumah) yang terbakar ini,” katanya yang bersyukur kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Dalam pada itu, dia turut menafikan satu laporan yang mendakwa kebakaran tersebut berpunca disebabkan ritual agama sempena Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang terkesan, Joseph Simon, 61, berkata, dia sedang menikmati makan malam sebelum dihubungi rakannya memaklumkan kediamannya terbakar.

“Lebih kurang jam 9.30 malam saya terima panggilan rakan, lantas saya bergegas pulang. Sebaik sampai saya ingat rumah saya sahaja terbakar, rupanya api merebak dari pintu tiga dan turut menjejaskan rumah jiran lain.

“Masalah pada tekanan air juga memberi kesan. Itu yang lambat nak padam, kalau ada mungkin boleh selamat banyak rumah. Kita pun tidak berani hendak pergi dekat sebab api marak dengan cepat.

“Setakat ini saya belum boleh anggarkan kerugian saya, kerana rumah saya dalam proses ubah suai dalaman, jadi banyak barangan elektrik yang saya sudah keluarkan,” katanya.

Kawasan kebakaran yang memusnahkan lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras ditutup bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. – Azim Rahman/Scoop, 12 Februari, 2024

Bagaimanapun beliau bersyukur kejadian tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa, kerana kebiasaan ibunya yang berusia 82 tahun akan sentiasa berada di rumah.

“Namun beberapa hari sebelumnya dia kata hendak pergi rumah kakak saya, jadi saya hantarlah.

“Apa pun saya reda dengan kejadian yang berlaku. Harap ada sedikit bantuan dan sumbangan oleh kerajaan atau pihak berwajib bagi meringankan beban ditanggung semua mangsa,” katanya yang tinggal di situ lebih 30 tahun. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related