Malaysia kecam serangan kejam Israel ke atas bandar Rafah: Wisma Putra

Malaysia turut menuntut Israel menghentikan serangan tersebut dan mematuhi segala peruntukan undang-undang antarabangsa

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan besar-besaran Israel di bandar Rafah, selatan Gaza di yang mengorbankan ratusan orang awam yang sedang mendapatkan perlindungan.

Wisma Putra berkata, serangan kejam dan tidak berperikemanusaan itu akan meningkatkan lagi ketegangan dan malapetaka kemanusiaan sekali gus akan merencatkan segala usaha menghentikan peperangan dan gencatan senjata yang berkekalan.

Susulan itu, katanya, Malaysia menuntut Israel menghentikan serangan tersebut dan mematuhi segala peruntukan undang-undang antarabangsa.

“Operasi ketenteraan yang berniat jahat ini dengan jelas memperlihatkan matlamat ulung rejim Zionis untuk menghapuskan rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri.

“la dengan secara sikap angkuh rejim Zionis membelakangkan prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Serangan terbaharu itu jelas menghina keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 26 Januari lalu mengenai enam tindakan sementara yang mesti diambil oleh Israel,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itui, masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan insiden sedemikian berlaku secara terang-terangan tanpa sebarang tindakan.

Tegasnya, Malaysia menyokong seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan berani menghalang malapetaka baru oleh rejim Zionis.

“Masyarakat antarabangsa juga perlu melaksana tanggungjawab dan menghentikan sebarang sokongan kepada rejim yang secara terbuka mengabaikan segala usaha untuk meredakan ketegangan,” katanya.

Pada masa sama, Wisma Putra menegaskan Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin.

“Ini termasuklah dalam mendapatkan kembali hak-hak mereka untuk berdiri sendiri, penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai ahli anggota penuh PBB,” katanya.

Kira-kira 1.4 juta warga Palestin dan penduduk yang hilang tempat tinggal kini berada di Rafah selepas tentera penceroboh Israel mengusir beratus-ratus ribu rakyat Palestin dari utara Gaza ke selatan wilayah berkenaan.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan pembunuhan lebih 28,176 individu, yang majoritinya adalah orang awam manakala lebih 68,000 lagi cedera. – 12 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Photo of the day: Rainbow stairs of spirituality amid KKB greenery

Visitors descend the rainbow stairs of Ngok San Taoist temple in Kuala Kubu Baharu after a short stop at the colourful place of worship.

Related