4 daerah berjaga-jaga, Langkawi panas ‘lit lit’

Tiga daerah lain yang turut mengalami cuaca panas tahap satu ialah Pokok Sena, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah

9:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkawi antara empat daerah di Semenanjung yang berada dalam kategori cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) selepas mencatatkan suhu harian sehingga 37 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, tiga lagi daerah yang turut mengalami cuaca panas itu adalah Pokok Sena (Kedah), Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

“Keempat-empat daerah itu mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata penduduk di utara tanah air mengakui kawasan didiami mereka mengalami cuaca panas terik ketika ini.

“Memang panaih (panas) sungguh. Patutlah ada Estima ataih jambatan jengoi pala kot sunroof,” kata Jimmy Yussri Yusof.

“Sungai Petani panaih lit lit. Malam-malam pun panaih berpeluh. Lepaih (lepas) pukul 1 pagi baru nak rasa sejuk sikit sampai waktu Syuruk. Matahari terbit, panaih balik. Semoga Allah kurniakan hujan yang menyejukkan bumi,” kata Nari Naaem.

“Semoga Allah turunkan hujan Rahmat kepada warga Kedah. Mudah-mudahan Ya Allah,” kata Dik Nurul Liyana

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasi suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi MetMalaysia di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas untuk mengetahui maklumat terkini berkenaan gelombang haba itu. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related