Pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran di Flat Sri Sabah: Bomba

Dakwaan bahawa pili bomba tidak boleh digunakan adalah tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa alat bantu mula atau hose reel di bangunan berkenaan yang tidak berfungsi

11:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras pada malam Ahad lepas, dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kebakaran bermula di unit nombor tiga selain turut menafikan dakwaan bahawa ia berpunca daripada bunga api.

“Siasatan forensik kita mengesahkan kebakaran tersebut dipercayai disebabkan punca elektrik dan ia tertumpu kepada kotak agihan (DB). Kita percaya 90 peratus ia adalah punca kebakaran dan 10 peratus lagi kita sedang mengesahkan dari segi ujian teknikal bahawa itu adalah punca utama.

“Makna ia bermula di situ dan merebak ke unit-unit lain…ia merebak ke unit kedua dan keenam,” katanya pada sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Cheras di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70, flat berkenaan musnah dalam kebakaran dengan tiada kematian dilaporkan. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related