‘Bawa bertenang semua, fi fotografi dikenakan JPNP untuk penggambaran komersial sahaja’: Wan Badariah

Katanya, tiada sebarang fi dikenakan sekiranya fotografi itu dilakukan sekadar bagi tujuan peribadi dan hobi, termasuk untuk dimuatnaik di media sosial

5:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kadar fi fotografi dikenakan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNP) di Viewpoint Wang Kelian hanya untuk penggambaran komersial yang menggunakan kamera jenis DSLR dan seumpamanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, tiada sebarang fi dikenakan sekiranya fotografi itu dilakukan sekadar bagi tujuan peribadi dan hobi, termasuk untuk dimuatnaik di media sosial.

“Bawa bertenang semua…Berkenaan fi fotografi dikenakan JPNP, (ia) adalah bertujuan untuk penggambaran komersial sahaja yang menggunakan kamera jenis DSLR dan seumpamanya.

“Kalau sekadar untuk tujuan peribadi, hobi, nak ‘upload’ kat media sosial sendiri, tak kena caj pun,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, perkara itu boleh dirujuk dalam Kaedah-Kaedah Hutan Negeri Perlis (Pindaan) 2019 yang menunjukkan caj pengambaran berkenaan sudah termaktub menerusinya.

Malah, katanya, caj penggambaran ditetapkan itu sudah dikenakan sejak 2020, manakala kadar baru dikuatkuasakan pada Disember 2023.

Jelasnya, antara lokasi dikenakan caj penggambaran itu adalah Rimba Herba Perlis, Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam dan Taman Negeri Perlis View Point Wang Kelian.

Wan Badariah yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis memaklumkan, kutipan daripada caj dikenakan itu akan digunakan semula untuk aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan kawasan ekopelancongan di bawah JPNP.

Menurutnya, kerajaan Perlis akan terus menambahbaik fasilti ekopelancongan di negeri berkenaan.

Kadar yuran fotografi yang dikenakan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di Viewpoint Wang Kelian hanya untuk penggambaran komersial menggunakan kamera jenis DSLR dan seumpamanya. – Gambar media sosial, 13 Februari, 2024

“Tapi kena bersabar la. Kita buat secara berfasa na. Jadi, nasihat saya, tuan-tuan dan puan-puan yang nak buat pengambaran komersial, sila jujur serta maklumkan kepada kakitangan bertugas terlebih dahulu.

“Semoga penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan sedang berlegar di media sosial. Pakat-pakat mai la na View Point Wang Kelian. Juga jangan lupa teroka seluruh Perlis,” katanya.

Terdahulu, pengguna media ‘kecoh’ memperkatakan mengenai fi bayaran fotografi dan penggambaran di View Point Wang Kelian.

Kadar itu ditetapkan RM15 dan RM20 masing-masing bagi warganegara serta warga asing untuk mereka menggunakan kamera dan perakam video.

Manakala, bagi penggambaran filem atau dokumentari, caj dikenakan adalah RM500 sehari bagi warganegara dan RM1,000 untuk warga asing.

Bayaran RM200 sehari dan RM400 sehari, masing-masing untuk warganegara serta warga asing dikenakan bagi fotografi. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related