Perubahan portfolio Exco Pahang diumum esok: MB

ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco yang baharu

9:55 PM MYT

 

KUANTAN – Perubahan portfolio melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang akan diumumkan esok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, perubahan itu akan dilaksanakan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

“Sikit saja, tak ramai (perubahan portfolio)…ada sikit perubahan untuk tambah baik, kemaskan pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih berkesan…esok saya akan buat pengumuman,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan yang berlangsung di hadapan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini hari ini.

ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu. – Gambar Facebook Wan Rosdy Wan Ismail, 13 Februari, 2024

Dalam isitiadat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco yang baharu.

Amizar, 50, berkata, pelantikan itu mengejutkannya kerana hanya dimaklumkan mengenai majlis tersebut pada 1 tengah hari tadi, justeru beliau menzahirkan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah dan berterima kasih kepada Wan Rosdy yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.

Beliau berkata, amanah itu akan dijalankan sebaik mungkin termasuk dalam isu membantu golongan asnaf dan membasmi kemiskinan yang menjadi keutamaan pelbagai pihak.

“Saya akan bersama-sama Menteri Besar untuk perkasakan dan mantapkan lagi agenda pentadbiran kerajaan negeri untuk membantu rakyat,” katanya.

Amizar, 50, yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 7 Oktober lalu dengan majoriti 2,949 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun maut dalam insiden pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related