Nahas pesawat Kapar: Bedah siasat, pengecaman identiti mangsa esok

Bedah siasat dijangka dilakukan pada 8 pagi dan waris mangsa akan melakukan proses pengecaman identiti

11:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bedah siasat kedua-dua mangsa nahas pesawat terhempas di Jalan Benteng Kanan, Kampung Tok Muda, Kapar, Klang dijangka dilakukan pada jam 8 pagi esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

Sumber HTAR memaklumkan, keluarga mangsa dipercayai akan turut berasa di situ.

Katanya, waris juga akan melakukan proses pengecaman identiti mangsa esok.

“Bedah siasat akan dijalankan esok pada jam 8 pagi. Keluarga (mangsa) juga akan berasa di situ (HTAR).

“Pengecaman (mangsa) juga akan dilakukan esok,” katanya.

Terdahulu, mayat kedua-dua mangsa insiden terbabit dikeluarkan daripada bangkai pesawat Gabriel BK160 itu pada jam 8.11 malam tadi dan terus dihantar ke HTAR.

Mangsa dikenalpasti sebagai juruterbang pesawat, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42.

Kedua-dua ahli kelab penerbangan Air Adventure Flying Club itu sedang melakukan penerbangan rekreasi sebelum pesawat berkenaan terhempas.

Dalam kenyataannya, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa ditemukan dalam pesawat yang terbenam lebih dua meter atau kira-kira 45 peratus dalam tanah.

Kedua-dua mangsa ditemui dalam kokpit bangkai pesawat pada jam 2 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Manakala, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan dua individu berada di dalam pesawat itu, termasuk seorang juruterbang.

Namun, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat ringan itu sebelum ia terhempas. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related