Kastam gagalkan cubaan seludup 42,000 kilogram beras hancur dari Thailand

Hasil pemeriksaan menemukan 840 beg guni berisi beras hancur dengan anggaran bernilai RM105,000

12:21 PM MYT

 

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan kegiatan sindiket dalam aktiviti penyeludupan beras hancur seberat 42,000 kilogram (kg) dari negara jiran di Pokok Sena pada 6 Februari lepas.

Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abd Latiff berkata, sepasukan anggota dari Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar menerima maklumat daripada orang awam dan berjaya mengesan serta mengekori sebuah treler dengan nombor pendaftaran tempatan untuk menyeludup beras ke Malaysia.

“Treler berkenaan memasuki negara dari Thailand melalui pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung pada 6 Februari dan mengikrarkan sebagai tidak bermuatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, anggota penguat kuasa telah mengekori treler berkenaan sebelum menahan kenderaan itu di tepi jalan di Pokok Sena manakala pemandunya melarikan diri dan gagal diberkas.

“Hasil pemeriksaan…ditemukan sejumlah 840 beg guni berisi beras hancur seberat 42,000kg.

“Anggaran nilai rampasan berjumlah RM105,000,” katanya menambah beras hancur tersebut dipercayai untuk dicampur dengan beras tempatan atau beras yang diimport bagi mengaut keuntungan lebih. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related