Kedudukan Mahkamah Syariah: Rujuk jawatankuasa khas dipengerusikan Tun Zaki

Kerajaan sambut baik titah Sultan Selangor yang ingatkan semua pihak hormati keputusan Mahkamah Persekutuan

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebarang cadangan baharu berkait kedudukan Mahkamah Syariah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang mengingatkan semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

Malah Anwar menyifatkan titah Sultan Selangor mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung Enakmen Jenayah Syariah Kelantan itu akan menurunkan suhu politik semasa.

“Saya bagi pihak kerajaan menyambut baik titah Sultan Selangor yang masih tegas mempertahan semangat perlembagaan negara.

“Titah itu yang menekankan dan menurunkan suhu hangat politik berkait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kedudukan Mahkamah Syariah dalam negara.

“Mungkin bagi masyarakat Melayu dan Islam isu ini jadi isu politik yang hangat, (ada) menghukum, mencerca, penghinaan kepada hakim-hakim dan kerajaan.

“Sebarang cadangan baharu berkait kedudukan mahkamah syariah boleh dirujuk kepada jawatankuasa khas berkenaan. Kerajaan dah lantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mempengerusikan jawatankuasa ini untuk meihat isu dibangkitkan okeh negeri dalam perkara itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related