Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708067991:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:94:"Penjenamaan baharu itu perlu dibuat, berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Pedi
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini, dengan melibatkan perubahan pada nama dan fungsinya
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 29
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 251
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749575909";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749316996";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:12;i:1;i:17;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749575909
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 168426
        )

)
PEDi akan dijenama semula menjelang suku kedua 2024: Fahmi | Scoop

PEDi akan dijenama semula menjelang suku kedua 2024: Fahmi

Penjenamaan baharu itu perlu dibuat, berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan

1:47 PM MYT

 

TASEK GELUGOR – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini, dengan melibatkan perubahan pada nama dan fungsinya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi melihat penjenamaan baharu itu perlu dibuat, berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan yang mendapati orang ramai hadir ke PEDi untuk pelbagai aktiviti yang tidak melibatkan ekonomi digital.

Menurut beliau, ramai yang datang ke PEDi untuk mendapatkan pelbagai maklumat, antaranya mengenai geran, bantuan serta perkhidmatan kerajaan, dan ada juga PEDi yang turut melaksanakan fungsi sebagai pejabat pos.

“Bukan sekadar tukar nama, tetapi tukar fungsi sekali, sebab kita nampak contoh, pendaftaran PADU (sistem Pangkalan Data Utama).. ia dari satu sudut bukan ekonomi digital, (tetapi) ia memanfaatkan prasarana yang ada, untuk akhirnya memberi bantuan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PEDi Taman Gelugor Indah di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Ketua Bahagian Koordinasi Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya.

Fahmi berkata PEDi sebagai antara pusat yang penting dalam komuniti boleh memainkan peranan lebih bersifat sebaran maklumat kepada rakyat, selain menjadi pusat pembelajaran melibatkan aktiviti kecerdasan buatan (AI) untuk rakyat.

“Jadi saya nampak ada potensi untuk kembang luaskan (PEDi) dan kami juga ambil maklum perdana menteri umum sewaktu sidang PEDi pada 29 Nov lalu bahawa dengan peningkatan elaun bagi para pengurus, mereka juga perlu tambah kerja.

“Jadi itulah antara sebab kami buat penjajaran baharu untuk PEDi memandangkan fungsi yang kami nampak boleh dimainkan terutama untuk membantu masyarakat mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai dasar kerajaan, bantuan yang boleh mereka terima, selain perkhidmatan lain,” katanya.

Beliau berkata cadangan bagi penjenamaan semula PEDi itu dijangka akan mengambil masa untuk dilaksanakan pada suku kedua tahun ini kerana terdapat sesetengah PEDi yang dalam proses penambahbaikan serta pembinaan.

Sementara itu, berkenaan lawatan kerjanya hari ini, Fahmi berkata kelajuan Internet bagi PEDi berkenaan telah mencecah 300 mbps dan ia banyak membantu terutama untuk aktiviti pembelajaran dalam talian serta usahawan melibatkan kelas digital dan pemasaran.

Katanya setakat ini terdapat 186 PEDi baharu yang dalam proses untuk dibangunkan, manakala 80 peratus PEDi sedia ada mempunyai kelajuan 100mbps ke atas.

“Saya difahamkan ada enam PEDi yang telah mula memanfaatkan Starlink (perkhidmatan Internet satelit Starlink) yang kelajuannya mencecah 300 mbps, ini terutama bagi PEDi di kawasan pedalaman.

“Jadi ada 20 peratus lagi daripada 911 PEDi yang kelajuannya kurang daripada 100 mbps dan antara ikhtiar kami adalah meningkatkan kelajuan PEDi ini,” katanya.

Fahmi berkata hari ini beliau juga melihat PEDi berkenaan telah dimanfaatkan untuk mendaftar 1,542 orang dalam sistem PADU.

Menurutnya terdapat 911 PEDi di seluruh negara tetapi tidak semua PEDi yang dapat dilengkapkan dengan kehadiran pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Selepas ini insya-Allah saya minta KSU (Mohamad Fauzi) untuk berhubung dengan ketua perangkawan dan Kementerian Ekonomi untuk kami teliti apakah langkah-langkah yang boleh kami usahakan untuk tingkatkan pendaftaran (PADU) dan manfaatkan PEDi yang ada di seluruh negara,” katanya. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related