Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708079437:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 217
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 168555
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:120:"Kesan keputusan Mahkamah Persekutuan, PDRM sebagai agensi penguat kuasa undang-undang tidak boleh melaksanakan Akta Poca";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Poca
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sesi libat urus dengan semua ahli Parlimen berkaitan cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750153241";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:8;i:1;i:9;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750153241
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Cadangan pindaan Akta Poca, KDN adakan libat urus dengan semua Ahli Parlimen, pemegang taruh: Saifuddin | Scoop

Cadangan pindaan Akta Poca, KDN adakan libat urus dengan semua Ahli Parlimen, pemegang taruh: Saifuddin

Kesan keputusan Mahkamah Persekutuan, PDRM sebagai agensi penguat kuasa undang-undang tidak boleh melaksanakan Akta Poca

6:30 PM MYT

 

CHERAS – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sesi libat urus dengan semua ahli Parlimen berkaitan cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua pemegang taruh harus dijelaskan dengan keperluan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan semula Akta Poca untuk mengawal jenayah.

“KDN dan polis kini bersedia untuk mengadakan sesi libat urus yang menunjukkan bagaimana keterbukaan kita membabitkan pelbagai pihak termasuk pemegang taruh dalam perkara menambah baik Poca.

“Kita bukan tutup pintu, tetapi sedar bahawa kita perlu mendengar daripada semua pihak dan itu yang kita buat,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Saifuddin berkata, pihaknya memfokus kepada isu yang dibincangkan termasuk berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Seksyen 4 dan Seksyen 15 akta itu sebagai tidak berperlembagaan.

Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan berpendapat perkataan ‘shall’ dalam seksyen itu sebagai mengambil kuasa mahkamah dalam perkara memutuskan mengenai perintah reman.

Katanya, kesan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, PDRM sebagai agensi penguat kuasa undang-undang tidak boleh melaksanakan Akta Poca.

“Maka kita tengok apa akibatnya apabila tidak boleh guna pakai Poca, adakah menyumbang kepada trend jenayah yang meningkat? Jawapannya adalah ya.

“Kita ada kekangan itu disebabkan kekurangan terutama membabitkan trend jenayah bersifat seperti ‘scam’ (penipuan) dan judi dalam talian. Ini adalah polemik yang sudah lama,” katanya.

Mengulas sesi libat urus kemarin, pihak yang terbabit memutuskan untuk mengadakan sesi penerangan mengenai keperluan pindaan akta berkenaan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Rakyat.

“Kita perlukan banyak lagi libat urus dengan kumpulan fokus iaitu Ahli-Ahli Parlimen dengan lebih kerap kerana mereka yang akan buat keputusan (untuk pindaan) nanti,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 4 dan 15B Poca ditafsirkan sebagai bercanggah dengan Perkara 121 dan 4(1) Perlembagaan atas sebab merampas kuasa semakan kehakiman mahkamah.

Sesi libat urus kelmarin turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Delegasi KDN diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, manakala delegasi PDRM diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related