Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708144143:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 168737
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:133:"Katanya, keputusan dasar berhubung isu terbabit perlu melalui mesyuarat Kabinet sebelum sebarang pengumuman dibuat kepada orang ramai";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Fahmi Fadzil
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan belum berbincang atau menetapkan sebarang keputusan berhubung cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia Madani, tegas Menteri
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 50
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 284
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749661618";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:2;i:2;i:17;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749845569";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749845569
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Beras Putih Malaysia Madani: Kenyataan Syed Abu Hussin berniat baik tetapi… | Scoop

Beras Putih Malaysia Madani: Kenyataan Syed Abu Hussin berniat baik tetapi…

Katanya, keputusan dasar berhubung isu terbabit perlu melalui mesyuarat Kabinet sebelum sebarang pengumuman dibuat kepada orang ramai

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum berbincang atau menetapkan sebarang keputusan berhubung cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia Madani, tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau menegaskan, keputusan dasar berhubung isu terbabit juga perlu melalui mesyuarat Kabinet sebelum sebarang pengumuman dibuat kepada orang ramai.

“Sebarang keputusan dasar perlu melalui Kabinet dan waktu ini belum ada makluman yang dibincangkan berkenaan perkara terbabit.

“Saya ambil maklum ia (cadangan) disebut Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam konteks beliau bekerjasama dengan Naccol (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara), tapi seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebut, Naccol akan teliti keseluruhan dan akan buat kenyataan kemudian.

“Bagi saya, mungkin ada penyelarasan perlu dilakukan dan bila timbul persoalan daripada pengusaha, pekedai dan peruncit (berhubung isu Beras Putih Malaysia Madani)…jadi saya lihat perkara ini perlu diuruskan dengan lebih baik,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Khatan Parlimen Lembah Pantai di Masjid Al-Khadijiah di sini, hari ini.

Pada 14 Februari lalu, Syed Abu Hussin yang juga Pengerusi Naccol dilaporkan berkata, kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani pada harga jualan RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) berkuat kuasa 19 Februari ini.

Serentak pengumuman itu, beliau memaklumkan, kategori beras putih tempatan atau dikenali sebagai super spesial tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) dimansuhkan.

Mengulas mengenai pengumuman dibuat Syed Abu Hussin itu, Fahmi menyifatkan cadangan dilontarkan Ahli Parlimen Bukit Gantang berkenaan berniat baik dalam mengurangkan harga makanan.

Namun, sebarang keputusan atau pengumuman perlu dibincangkan terlebih dahulu agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.

“Kenyataan beliau itu berniat baik, hasratnya adalah untuk membantu mengurangkan harga barang…tetapi dalam konteks ekosistem beras, di sini saya lihat perlu ada sedikit perbincangan dan penyelarasan.

“(Selepas itu) Pengumuman penuh dibuat Naccol dan Naccol yang akan umumkan (sebarang keputusan kelak),” katanya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi kenyataannya hari ini berkata, cadangan itu akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) akan datang, seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

“Buat masa ini belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan beliau untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani,” katanya.

Jelasnya, sebarang pengumuman atau ketetapan yang hendak dibuat mestilah berpandukan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

“Sebarang pengumuman atau ketetapan yang hendak dibuat itu juga perlu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri,” katanya. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related