Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708158943:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_de7f56160cd54ea65f4bac44513d3d9a] => Array
        (
            [0] => 
Road to Putrajaya 10,000: only 50 p-hailing riders turn up at Transport Ministry 
) [_oembed_time_de7f56160cd54ea65f4bac44513d3d9a] => Array ( [0] => 1708157288 ) [_oembed_791316f89f2da3c42fb7eb3732be4621] => Array ( [0] =>
Political twist in Grab p-hailing blackout with attendance of PN’s Wan Ahmad Fayhsal
) [_oembed_time_791316f89f2da3c42fb7eb3732be4621] => Array ( [0] => 1708157288 ) [_oembed_e92b4a2f65c0e8bf99581fc61a0396d8] => Array ( [0] =>
Disruptions in the p-hailing industry: protests, politics, and payment structures
) [_oembed_time_e92b4a2f65c0e8bf99581fc61a0396d8] => Array ( [0] => 1708157288 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 116 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 168805 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 13 ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:144:"Semalam, perhimpunan yang disertai kira-kira 50 penunggang p-hailing telah diadakan untuk menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan ";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => p-hailing ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Anthony Loke berkata akan berbincang dengan syarikat, kementerian lain untuk menilai memorandum yang diserahkan berkaitan rungutan kumpulan terbabit ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 59 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750751619";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:16;i:1;i:20;i:1;i:7;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1750751619 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Kementerian Pengangkutan akan bincang keluhan dibangkitkan penunggang p-hailing | Scoop

Kementerian Pengangkutan akan bincang keluhan dibangkitkan penunggang p-hailing

Semalam, perhimpunan yang disertai kira-kira 50 penunggang p-hailing telah diadakan untuk menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan

4:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan semua pihak berkepentingan untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan beberapa penunggang p-hailing.

Menterinya, Anthony Loke berkata, kementerian akan mengadakan rundingan dengan Grab dan kementerian lain berkaitan untuk menilai memorandum yang diterima berkaitan rungutan kumpulan terbabit.

“Kami akan meneliti memorandum itu dan membincangkannya dengan kementerian berkaitan. Kami juga akan minta Grab menjelaskan perkara itu,” katanya selepas meninjau pembukaan stesen LRT Bandaraya di sini, hari ini.

Semalam, perhimpunan yang disertai kira-kira 50 penunggang p-hailing, bertajuk Himpunan ‘Road to Putrajaya’ bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap struktur kadar upah baharu Grab.

Walaupun kurang daripada 10,000 peserta yang disasarkan, kumpulan itu yang diwakili Mohd Ali Nafiah menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Nor Fuad Abdul Hamid.

Kumpulan terbabit mendakwa Kebajikan penunggang terbabit diabaikan sejak pelaksanaan kadar upah baharu oleh Grab, bulan lalu.

Ali menegaskan bahawa penunggang p-hailing tidak mencari faedah tambahan tetapi menuntut kadar bayaran asal dikembalikan.

Bagaimanapun, jumlah peserta yang hadir menunjukkan cabaran dalam mencapai kata sepakat dalam kalangan penunggang p-hailing, yang berpotensi dipengaruhi oleh faktor politik dan perspektif berbeza dalam pertubuhan yang mewakili mereka.

Dalam protes yang sama bulan lalu, kehadiran Ahli Parlimen Machang (Perikatan Nasional) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menimbulkan syak wasangka terhadap motivasi politik, walaupun beliau menafikan penganjuran acara itu dan mendakwa menyertainya atas desakan penunggang p-hailing.

Protes oleh penunggang p-hailing di Kementerian Pengangkutan diteruskan semalam walaupun badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili mereka mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia akhir bulan lepas.

Kementerian Sumber Manusia telah bekerjasama dengan NGO yang mewakili penunggang p-hailing pada 30 Januari untuk menangani kebimbangan mereka terhadap struktur pembayaran.

NGO yang mengambil bahagian termasuk Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) dan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar).

Pertemuan itu diadakan susulan gerakan mogok oleh penghantar p-hailing bulan lalu berkaitan isu penurunan kadar harga penghantaran.

Dilaporkan pihak tersebut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pro Tem yang julung kali diadakan untuk aktivis gig (p-hailing).

Perbincangan itu, sebagai maklum balas kepada rancangan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia, atau Segim, bertujuan untuk memupuk dialog seimbang dengan NGO terlibat.

Bagaimanapun, pegawai kanan kementerian menekankan autonomi platform seperti Grab atau Foodpanda untuk menentukan bayaran, dan kepentingan menyediakan ‘strategi keluar’ yang jelas untuk pekerja gig melalui peluang peningkatan kemahiran.

Di sebalik usaha Grab Malaysia untuk menangani kebimbangan dan meningkatkan tahap pendapatan, jumlah peserta protes itu yang sedikit menunjukkan cabaran berterusan dalam mencapai perpaduan dan muafakat dalam kalangan penunggang p-hailing.

Kenyataan bercanggah daripada kepimpinan Penghantar juga menunjukkan kurangnya kesepakatan dalam persatuan berhubung protes yang diadakan pada 16 Januari lalu oleh penunggang penghantaran Grab. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

Related